BN Tak Kisah Berapa Penjuru Bertanding di PRK Kuala Kangsar - Akhbar Maya

Videos

BN Tak Kisah Berapa Penjuru Bertanding di PRK Kuala Kangsar

Dijangkakan lebih lima atus anggota Puteri Umno Kuala Kangsar dan bahagian lain akan bertugas di PRK kawasan itu bagi memestikan seramai 7,000 pengundi wanita berumur bawah 40 tahun keluar mengundi.

Daripada 32,949 jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di Kuala Kangsar 11,000 adalah pengundi muda.
Walau pun PAS dan PAN bertanding di PRK Kuala Kangsar ia tidak memberi tanda kejatuhan kerusi yang dimenangi BN pada PRU 13.

Semua sayap parti BN perlu bersatu gandakan usaha untuk menggekalkan kerusi itu dengan memastikan peratusan keluar mengundi tinggi.

PAN dijangkakan mencalonkan ADUN Changkat Jering Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang juga jawatankuasa kerja PRK Kuala Kangsar.

PAN mempunyai rekod panas berkaitan tuduhan PAS telah diresapi pemikiran kumpulan militan Ne­gara Islam (IS) oleh Mohamad Sabu.

Berhubung dakwaan itu Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria ber­kata, beliau percaya kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu boleh menjejaskan ketenteraman awam berikutan IS merupakan kumpulan militan yang dikaitkan dengan keganasan.

Sehubungan itu, Razman telah membuat laporan polis pada Disember 2015 supaya pihak berkuasa dapat membuat siasatan terhadap Mohamad Sabu.
Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin 

PAS negeri Perak juga pernah mengesa supaya PKR membuat keputusan samada mahu bersama PAS atau Pakatan Harapan.“Kita tidak akan sama sekali menyertai Pakatan Harapan selagi PAN dan DAP terlibat dalam kerjasama itu kata,Razman Zakaria.

Ertinya PAS negeri itu bersedia bertanding di kesemua kerusi Parlimen dan DUN walaupun bertembung sesama sendiri pad PRU 14 nanti.

Pertembungan tiga penjuru di PRK Kuala Kangsar dijangka panas berikutan PAN dan PKR tidak ada hubungan baik setelah tertubuhnya Pakatan Harapan.

Pengundi Kuala Kangsar perlu memilih parti yang telah banyak berjasa dikawasan itu,daripada memilih untuk memberi undi kepada parti yang bertelagah sesama sendiri walau pun matlamat mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Tiada sebab Barisan Nasional tidak boleh menang di Kuala Kangsar jika anggota jentera sayap parti bersatu demi kelangsungan pembangunan Bangsa,Agama,Negara daripada di leburkan sayap-sayap berduri pembangkang.

BN sebagai parti politik yang matang tetap mengalu-alukan pertandingan pelbagai penjuru samada di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tanpa gusar walau pun majoriti yang dimenangi pada PRU 13 adalah kecil.

Rembat daripada portal-Hot Kelate

Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment