Klinik Terpotong Zakar - Akhbar Maya

Videos

Klinik Terpotong Zakar

BALIK PULAU, 9 Jan — Susulan tiga insiden kanak-kanak terpotong kemaluan, Putrajaya menguatkuasa tatacara operasi piawai (SOP) berkhatan kepada semua klinik, kata timbalan menteri kesihatan.

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata SOP itu dikuatkuasakan di klinik kerajaan dan swasta berikutan kerapnya kes kecederaan serius, lapor portal Berita Harian.

“Tahun lalu, tiga kes kesilapan dilaporkan ketika proses berkhatan terhadap kanak-kanak lelaki. Ini memerlukan SOP diperkenalkan kepada pegawai perubatan yang melakukan prosedur ini.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kesilapan ketika berkhatan boleh menyebabkan kesan serius pada kanak-kanak lelaki,” katanya.

Pada 25 November lalu, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun terpotong kepala kemaluan ketika berkhatan beramai-ramai di Sungai Buloh dalam majlis tajaan Selangor.

Kes kedua, pada 15 Disember, melibatkan kanak-kanak sembilan tahun yang bersunat di sebuah klinik swasta di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Seorang lagi kanak-kanak malang yang berumur 10 tahun mengalami masalah sama sewaktu berkhatan di sebuah klinik di Cheras pada 20 Disember.

-The Malay Mail
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment