Tu Dia Eh:Tinjauan: Syarikat Malaysia paling tidak yakin di Asean - Akhbar Maya

Videos

Tu Dia Eh:Tinjauan: Syarikat Malaysia paling tidak yakin di Asean

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Keyakinan pada masa depan ekonomi syarikat tempatan menjunam ke paras terendah sejak 2010, menjadikan Malaysia negara paling pesimis dalam Asean.

Menurut Laporan Perniagaan Antarabangsa Grant Thornton, tanggapan syarikat tempatan -36 peratus pada suku terakhir 2016, jatuh 24 mata peratusan daripada suku sebelumnya.

Kejatuhan tersebut dilaporkan lebih dua kali purata penurunan keyakinan perniagaan dalam rantau ini, jatuh 10 mata peratusan kepada 39 peratus pada suku keempat.

“Di Malaysia bagaimanapun tahap keyakinan perniagaan mengalami penurunan besar disebabkan kejatuhan nilai ringgit dan [perkara] ini berkaitan dengan ekonomi negara yang tidak menentu,” kata rakan pengurusan Grant Thornton di Malaysia Datuk NK Jasani dalam kenyataan.

Di peringkat global, keyakinan perniagaan pada suku akhir 2016 mencatatkan 38 peratus, meningkat sebanyak 5 mata peratusan daripada suku ketiga dan paling tinggi sejak 2015.

Menurut Jasani lagi, tiga faktor utama menyebabkan firma Malaysia memandang masa depan suram: kemerosotan mata wang, ekonomi tidak menentu dan kurangnya tenaga mahir.

-The Malay Mail
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment