PRK: Dr Najihatussalehah di K Kangsar, Dr Rani di Sg Besar - Akhbar Maya

Videos

PRK: Dr Najihatussalehah di K Kangsar, Dr Rani di Sg Besar

Dr Najihatussalehah Ahmad dan Dr Abdul Rani Osman masing-masing diumumkan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, malam ini.

Nama Dr Rani yang juga Adun Meru diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS PRK P.099 Sungai Besar di Markas PAS Simpang 5, Sungai Besar.

Dr Najihatussalehah
Turut meraikan pengumuman calon Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad; Presiden Ikatan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Selangor, Mohd Haslin Hassan.

Sementara, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengumumkan nama Dr Najihatussalehah yang juga AJK PAS Pusat pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS P.067 Kuala Kangsar di markas PAS kawasan, Bukit Chandan.

Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustaz Nuridah Mohd Salleh, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Khairil Nizam Khirudin.

Biodata ringkas calon PAS.

Dr Najihatussalehah Ahmad

Umur: 50 Tahun
Asal: Dilahirkan di Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Perak. Ketika zaman kanak-kanak, menetap di Parit dan Batu Gajah. Pada tahun 1976 berpindah ke Gunung Semanggol.
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dikurniakan 9 orang cahaya mata, lima orang lelaki dan empat perempuan

Pendidikan

1) Merupakan lepasan Sarjana Muda Perubatan, Universiti Malaya tahun 1992.
2) Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (kini SMA Labu) (1982-1983)
3) Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah, Ipoh (1979-1981)
4) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Gunung Semanggol, Taiping

Penglibatan dalam politik dan NGO

1) Bergiat dalam persatuan mahasiswa semenjak 1986 di Universiti Malaya

2) Naib Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Parit 1997/2001
3) Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Parit 2003 hingga kini.
4) Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak 2011 hingga kini
5) Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat 2007 hingga kini
6) Pengerusi Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia ( PERAMAH) 2009 hingga kini
7) Penasihat Pertubuhan Kebajikan Wanita Daerah Perak Tengah (PEKANITA) 2008 hingga kini
8) Ahli seumur hidup Persatuan Bekas Pelajar Izuddin Taayah (PBPSISTA)
9) Alumni IKMAL

Dr Abdul Rani Osman

Umur: 58 Tahun
Bangsa: Melayu Islam
Keluarga: Berkahwin anak 4 cucu 4
Asal: Selangor

Jawatan dalam parti: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sesi 2013/2015; bekas Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kapar.

Pendidikan: M.B.CH.B (Ijazah dalam bidang Perubatan) dari Tanta Universiti Republik Arab, Mesir

Pengalaman Kerjaya: Bertugas 8 tahun di Kementerian Kesihatan dan pernah bertugas di Hospital Sarawak 4 tahun. Beliau telah membuka klinik Fitrah di pekan Meru bertempat di Batu 6 1/2, Pekan Meru, Klang, Selangor.

Kerjaya sekarang: Adun Meru dari tahun 2008 hingga sekarang. - HARAKAHDAILY 27/5/2016
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment