Kenapa Budiman Zohdi di Pilih Sebagai Calon BN PRK Sungai Besar? - Akhbar Maya

Videos

Kenapa Budiman Zohdi di Pilih Sebagai Calon BN PRK Sungai Besar?

 'UMNO pusat telah mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Budiman Ahmad Zohdi sebagai calon UMNO dan Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil P093 Sungai Besar yang dijadual bakal diadakan pada 18 Jun nanti''

Akhbar Maya melontarkan beberapa sebab yang mungkin berlaku selepas jangkaan banyak pihak Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Budiman Ahmad Zohdi akan diumumkan sebagai calon PRK Sungai Besar adalah tepat.

Sebab
a-Untuk mempertahankan kerusi parlimen Sungai Besar dan kerusi Sungai Panjang
pada PRU 14.
b-PRU 14 nanti BN akan mencalonkan muka baru atau bekas ADUN Sungai Panjang.Dr Khir Toyo jika PRK kawasan itu BN menang.

Ulasan

Memandangkan Budiman seorang yang disukai semua kaum di Parlimen Sungai Besar BN mencalonkan beliau walaupun beliau merupakan ADUN Sungai Panjang berdasarkan ketokohan dan kebolehan.

Pengundi Cina telah menyatakan kepada Tony Pua mereka akan undi BN jika PAN tidak bertanding kerana berpendapat PAS telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan pada PRU 13.

Jika bertembung BN dan PAS,DAP dan PKR yakin calon BN akan menang besar. Berdasarkan kaji selidik mereka 11% pengundi bukan Melayu akan undi BN,manakala 3 hingga 5% lagi tidak keluar mengundi atau rosakkan undi.

 Seramai 42,836 pengundi berdaftar 30.68% merupakan pemilih kaum Cina,manakala pengundi India 1.9% dan kaum lain pula 0.23%.

Apakah Pakatan Harapan jangka PAN akan menang jika bertanding di Sungai Besar?.Menurut pendapat ramai,80% keyakinan pemimpin Pakatan Harapan,PAN akan kalah.

Mengapa PAN bertanding walaupun tahu kalah?.Tujuan adalah untuk tidak memberi kelebihan pada PAS walaupun parti ber-presidenkan Haji Hadi tidak mampu bersaing dengan BN berdasarkan rekod tidak pernah menang bertanding di kawasan itu.

Namun begitu,kaji selidik pada peringkat awal PAS dijangka menguasai 85% daripada keseluruhan undi pembangkang jika PAN bertanding.
 
Kira-kira 32% pengundi bukan Melayu menjadi pertaruhan antara PAS,BN dan PAN,jika BN dapat menguasai 10 % seperti yang jangkakan penyokong bukan BN,makanya 22% lagi menjadi rebutan antara PAS danPAN jika Bebas tidak bertanding.

Jangkaan awal BN akan memperolehi undi Melayu 43 peratus dan selebihnya menjadi rebutan PAS,PAN dan Bebas jika berlaku pertandingan lebih dari tiga penjuru.

Oleh itu tidak hairanlah jika pada PRU 14 DUN Sungai Panjang di jangkakan tidak akan ditandingi oleh penyandang sekarang iaitu Budiman Ahmad Zohdi jika beliau menang kerusi parlimen Sungai Besar pada PRK ini.

Percayalah,pemerahati politik negara juga mungkin berpendapat pada PRU 14 nanti Dr Khir Toyo atau muka baru dicalonkan untuk mempertahankan DUN itu.

75% pendapat  politikus kedai kopi menyatakan Dr Khir Toyo akan di calonkan di DUN Sungai Panjang memandangkan khidmatnya masih diperlukan oleh masyarakat setempat.

Jangkaan BN akan memperolehi majoriti 1200  atau 750  undi.
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment