Pindah Aset 1MDB Selesai Pertengahan Jun - Akhbar Maya

Videos

Pindah Aset 1MDB Selesai Pertengahan Jun


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, 1MDB tidak akan ditutup, sebaliknya menjadi sebuah syarikat pasif yang tidak lagi menjalankan aktiviti perniagaan.

Ini kerana, kata beliau, syarikat itu masih menanggung pengeluaran bon yang tidak boleh dipindah milik kepada syarikat lain.
“1MDB juga sudah tidak dibenarkan membuat pinjaman daripada mana-mana individu atau institusi kewangan sepanjang proses rasionalisasi ini dijalankan.
“Kita berharap nilai aset 1MDB yang dipindahkan ke MKD pada masa akan datang meningkat, sekali gus dapat digunakan untuk membayar hutang atau faedah bon yang diterbitkannya,” kata­nya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) mengenai implikasi penutupan operasi BSI Bank Limited di Singapura terhadap 1MDB, Johari menjelaskan, ia tidak akan memberi kesan langsung kepada 1MDB malah tidak menjejaskan aset dan operasi syarikat tersebut.
Dalam pada itu, katanya, pelan rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap syarikat tersebut bertujuan menyelesaikan hutangnya yang berskala besar.

Pencapaian 1MDB Melalui Pean Rasionalisasi
1-Pembayaran Semula Hutang AS975 juta
2-Lebih RM1 bilion tanah pembangunan di TRX telah dijual
3-Penjualan 60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd pada nilai RM12.35 bilion
4-Penjualan 100 peratus kepentingan dalam Syarikat Edra Global Energy Berhad
5-Pemindahan RM7.43 bilion inherited loans
6-Memiliki dana lebihan RM2.3 bilion untuk kegunaan bayaran faedah hutang dan pembangunan infrastruktur
7-Tidak lagi mempunyai hutang bank jangka pendek
8-Pembayaran-Pembayaran awal:
RM3 bilion hutang kepada bank-bank tempatan
RM2 bilion hutang kepada Marstan
AS150 juta kepada Exim Bank
Pembayaran balik RM950 juta pinjaman kerajaan



Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment