Defisit Fiskal 3.1 Peratus Mampu Dicapai - Akhbar Maya

Videos

Defisit Fiskal 3.1 Peratus Mampu Dicapai

KUALA LUMPUR 25 Mei – Sasaran defisit fiskal 3.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2016 akan dapat dicapai.

Menurut Kementerian Kewangan, ekonomi negara berkembang 4.2 peratus pada suku pertama dan berupaya mencapai sasaran empat hingga 4.5 peratus bagi keseluruhan tahun ini.

Jelasnya, Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) telah bermesyuarat kali kedua hari ini bagi meneliti kedudukan terkini fiskal negara.

“Mesyuarat turut meneliti status pelaksanaan langkah pengubahsuaian Bajet 2016. Sehingga kini, pelaksanaan langkah tersebut adalah mengikut jadual dan prestasinya membanggakan.

“Medium Term Fiscal Framework turut dibincangkan untuk memastikan kedudukan kewangan dan keupayaan fiskal kekal kukuh,” katanya dalam ken-yataan di sini hari ini.

Jelas kementerian itu, FPC telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Risiko Fiskal dan Liabiliti Luar Jangka yang akan dianggotai oleh Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, Unit Perancang Ekonomi dan Unit Kerjasama Awam Swasta.

Jawatankuasa itu akan bertanggungjawab menilai risiko fiskal dan liabiliti luar jangka Kerajaan Persekutuan serta mengesyorkan langkah untuk menanganinya.

Kerajaan komited terhadap konsolidasi fiskal dan melaksanakan langkah mengoptimumkan perbelanjaan serta meningkatkan pematuhan cukai dan mempelbagaikan sumber hasil negara.
-Utusan Malaysia
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment