Ringgit Dibuka Lebih Rendah Dari DolarAS - Akhbar Maya

Videos

Ringgit Dibuka Lebih Rendah Dari DolarAS

KUALA LUMPUR 24 MEI: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, dipengaruhi oleh nilai dolar yang lebih kukuh.

Pada jam 9.02 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.0930/0980 berbanding dolar AS berbanding 4.0800/0860 pada 5 petang semalam.

NILAI RINGGITSeorang peniaga berkata, jangkaan kadar faedah AS lebih tinggi bulan depan mencetuskan permintaan bagi mata wang ekonomi terbesar dunia itu.

Mata wang tempatan juga diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9662/9719 daripada penutup semalam 2.9572/9619, lebih rendah berbanding yen kepada 3.7444/7500 berbanding 3.7223/7291 dan susut berbanding euro kepada 4.5878/5951 daripada 4.5729/5812 semalam.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9291/9384 daripada 5.9311/9423 pada Isnin. – BERNAMA
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment