Cinta Kata-Kata Manis Sanggup Habiskan Wang Dalam Akaun Bank
KUALA LUMPUR – Sikap wanita di negara ini yang terlalu mudah mempercayai kata-kata indah menyebabkan mereka menjadi mangsa penipuan Love Scam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 4,673 kes Love Scam telah direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan kerugian RM182.3 juta dengan penangkapan 1,773 suspek bagi tempoh 2013 hingga Mei tahun ini.
Menurutnya, angka itu melebihi negara-negara lain yang turut mempunyai masalah sama dalam penipuan cinta menerusi online di internet.
“Modus operandi mendapati suspek meletakkan profil (di laman sosial) dengan seorang lelaki berkulit putih, kacak, mempunyai pekerjaan hebat atau kaya untuk menipu mangsa yang dipilih secara rawak.
“Justeru, jangan terlalu mudah jatuh cinta dengan cinta palsu terutama wanita di Malaysia ini sekalipun kita memerlukan cinta,” katanya di Dewan Rakyat di sini semalam.
Akhbar Maya
Masalah Love Scam bukan baharu berlaku ia telah lama wujud setelah pengaruh internet semakin melebar di negara maju dan sedang membangun.
Negara yang lebih maju dan sudah lama membangun juga turut terkena dengan permasalahan love scam.
Dengan wujudnya pelbagai kemudahan lama sosial,maka nenjejai lah umat manusia Malaysia mahupun negara lain menggunakanya.
Saya kira,yang kena tipu dengan sindikit love scam itu orang kurang berakal walaupun memiliki segala macam ilmu dan gulugan sijil dari peringkat rendah hinggalah ke PHD.
Adakah manusia patut bercinta dengan ayat-ayat cinta yang dipuisikan oleh kumpulan love scam sedangkan rupa wajah tidak pernah ditatapi.
Bodoh apa manusia sekarang,bercinta kerana kata-kata manis dari seorang yang belum tentu lelaki atau perempuan malah ganbar profilenya juga entah gambar siapa.
Bagi saya,orang yang terperangkap dengan sindikit Love Scam adalah manusia yang paling bodoh di muka bumi kerana sanggup berhabisan harta benda kerana cinta dengan kata-kata manis.
Rakyat Malaysia yang rasa sunyi dalam hidup tidak perlu bercinta dengan ungkapan syair manis dari sindikit,adalah lebih baik anda peluk pokok,walaupun orang kata gila tapi anda tidak kerugian sehingga kering wang dalam akaun bank.
0 comments:
Post a Comment