Pembangkang Nak Tumbangkan BN Atau Najib? - Akhbar Maya

Videos

Pembangkang Nak Tumbangkan BN Atau Najib?



Aku lihat setiap komen,em seorang pun tak leh pakai.kalau nak jadi penyelidik apa yang perlu di tinggalkan adalah rasa simpati kepada mana-mana parti,samada yang disokong mahu pun tidak,,percayalah akan ada jawapan sekurang2nya 50%.

Kekuatan BN di dua PRK adalah terletak kepada perpecahan pembangkang ,jika pembangkang bertembung sesama pembangkang atau digelar tiga penjuru,bermakna undi pembangkang berpecah dan undi BN sebaliknya.

Dalam situasi Sungai besar,walaupun itu kerusi tradisi PAS,namun begitu ia patut digelar tradisi kekalahan PAS sejak 1959.

Sepatutnya pembangkang berpakat dan melihat parti mana yang layak bertanding setelah PAS yang kalah sejak 1959 di kawasan itu.

Bagi PAS,mungkin akan mengalah jika Pakatan Rakyat masih Wujud apa lagi rekodnya di kawasan sungai besar tidak pernah dapat memetik hasil.

Setelah Harapan Baharu yang ada didalamnya DAP,Pas dilihat kurang berminat apa lagi Amanah yang lahir dari benih Pas juga bersama.

Situasi pembangkang sukar untuk diperbetulkan,berikutan semua parti bertanding diatas tiket masing-masing,ini bermakna satu bendera satu tiang dengan warna berlainan.

Setiap parti yang layak bertanding dalam pilihan raya ada tujuan bukan sahaja melalui dasar perjuangan,malah dasar berteraskan cita-cita juga berbeza walaupun matlamatnya sama iaitu untuk menumbangkan BN.

PAS berhak bertanding di atas tiket nya,dan begitu juga PAN,DAP,PKR,jika rundingan untuk bertanding satu lawan satu tidak menjadi kenyataan.apa kata kesemua parti pembangkang turut mencalonkan calon masing-masing kalau dah tak boleh tundukKAN ego masing-masing.

Dengan keadaan semasa Umno-BN yang penuh isu hangat,kenapa masih takut dengan parti itu,kata juru kempen yang benci BN,rakyat akar umbi bersama dan menyokong jatuhkan Najib.

Kalau Najib jatuh,ERTINYA BN tidak apa-apa,tetapi jika BN tumbang bukan sahaja Najib yang hilang jawatan PM,malah kerajaan juga turut berubah.

Hari ini pembangkang turut terpengaruh dengan kempen jatuhkan NAJIB bukanya bersungguh-sungguh kempen tumbangkan BN.

Jatukan Najib dengan kempen tumbangkan BN adalah satu perbezaan seperti langit dan bumi jauhnya.

Matlamat tumbangkan BN sepatutnya di utamakan bukanya berhabisan modal dengan kempen sia-sia tumbangkan Najib.

Kalau BN tak tumbang selepas keputusan PRU 14,makanya Najib lagilah PM negara ini.

Tidak terpikirkah pembangkang,kempen turunkan Najib hanya matlamat orang-orang yang ada agenda sendiri,kerana dia sendiri tidak mahu BN tumbang,

Pembangkang mahu tumbangkan BN,dan apabila BN tumbang bukan sahaja Najib yang jatuh malah yang lain juga turut terguling.

Tapi hari ini pembangkang lupa matlamat untuk tumbangkan BN apabila dipergunakan oleh orang lain untuk jatuhkan Najib bukanya tumbangkan BN.

Nak jatuhkan Najib dan nak tumbangkan BN macam mana kalau siang malam asyik bertekak sama sendiri. selamat berfikir,yang mana elok ambil dan fikir dan yang tak elok boleh buang ke longkang

Sumber dari ruangan komen -https://shahbudindotcom.blogspot.my/2016/05/pas-jika-menang-di-sungai-besar-kuala.html?showComment=1463941131768#c1424469581189416198
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment