PRU14 Kelantan Tumbang Jika Tidak Bergabung Dengan Umno - Akhbar Maya

Videos

PRU14 Kelantan Tumbang Jika Tidak Bergabung Dengan Umno

KUALA LUMPUR, 1 Feb ― PAS mungkin hilang Kelantan jika bertanding tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang, ramal pemimpin DAP Liew Chin Tong.

Parti itu terpaksa membentuk “pakatan politik” bersama Umno jika menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), katanya lagi.

“Kenyataannya PAS mungkin terpaksa membentuk pakatan pilihan raya dengan Umno di Kelantan, sama ada atas pilihan sendiri atau kerana terdesak,” kata wakil rakyat Kluang dalam satu kenyataan.

Kerusi yang dimenangi dengan kemenangan tipis akan terjejas jika PAS gagal membentuk sebarang kerjasama sewaktu Pakatan Harapan mengasak kerusi-kerusi tersebut, tambahnya.

Liew yakin Parti Amanah Negara (Amanah) bakal memberi saingan di 10 daripada 32 kerusi PAS, manakala PPBM mampu mengancam di lima daripada 12 kerusi Umno.

Keadaan ini membuatkan PAS dan Umno tidak mampu bersaing sesama sendiri dalam pertembungan tiga penjuru dengan Pakatan Harapan, katanya.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pas-hilang-kelantan-tanpa-bantuan-umno-ramal-dap#sthash.ENLZQzbi.dpuf
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment