Pembangkang Setuju PAS Berpakat Tentang UMNO - Akhbar Maya

Videos

Pembangkang Setuju PAS Berpakat Tentang UMNO

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Parti Amanah Negara meragui keupayaan PAS Selangor terlibat bersama barisan pembangkang bagi mengekalkan kedudukannya dalam pentadbiran negeri.

Pengarah komunikasinya Khalid Samad menjangkakan hasrat itu akan ditolak kepemimpinan atasan PAS kerana parti Islam ingin menguasai kerajaan Selangor.

“Benar keputusan itu akan ditolak PAS pusat kerana ia mahu PAS menerajui Selangor dan bukan sekadar kekal dalam kerajaan negeri.

“Saya jangka apabila PAS meletakkan itu sebagai matlamatnya, maka Umno akan menyokong PAS dalam usaha meletakkan PAS sebagai peneraju negeri Selangor.

“Maka kita bakal melihat kerjasama pilihan raya [umum nanti] antara PAS dan Umno di Selangor,” katanya kepada ProjekMMO.

Ahli parlimen Shah Alam diminta mengulas kenyataan timbalan pesuruhajaya PAS Selangor yang menegaskan partinya sedia bekerjasama dengan blok pembangkang demi mengekalkan “strategi satu lawan satu.”

Datuk Dr Yunus Hairi, exco hal-ehwal Islam negeri, berkata semalam pertembungan sesama pembangkang seperti pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lepas merugikan.

Isnin lalu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan mahu PAS “menerajui” Selangor, selain mengekalkan Kelantan dan merampas Kedah dan Terengganu, masing-masing pernah dimenangi pada 2008 dan 1999.

Bagaimanapun laporan Sinar Harian itu tidak menyatakan dengan jelas maksud “menerajui Selangor”.

Kenyataan Dr Yunus dan Abdul Hadi menyebabkan pemimpin Amanah itu menggesa parti Islam “menetapkan pendirian” mereka.

“Saya melihat ada percanggahan antara Dr Yunus dan presidennya. Kalau tidak silap, Abdul Hadi kata PAS hendak terajui Selangor (dan) Dr Yunus sebut mahu kekal dalam kerajaan.

“Penting untuk PAS tentukan sikapnya,” katanya.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/amanah-bolehkah-pas-selangor-pakat-demi-satu-lawan-satu#sthash.jM0ce7Na.dpuf
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment