UMNO Harap Persempadanan Semula Untuk Tawan Selangor - Akhbar Maya

Videos

UMNO Harap Persempadanan Semula Untuk Tawan Selangor

Kesian penulis dengan pemimpin UMNO Selangor dah macam tak ada telur dan kelentik bagi mengembalikan kekuatan UMNO diatas tiket Barisan Nasional supaya dapat mentadbir Negeri kaya  itu.

Pengerusi Perhubungan Umno Negeri,Noh Omar nampaknya berharap persempadanan semula kawasan pilihan raya sebagai kunci Umno kembali berkuasa di Selangor.

Rata-rata rakyat Selangor yakini Umno-BN tidak akan berjaya menduduki tahta pemerintahan sekiranya tidak bergabung dengan PAS walaupun persempadanan semual dilakukan.

Menurut desas-desus umum.Punca utama untuk Umno-BN gagal tawan Selangor awalnya berpunca daripada kecermelangan kerajaan Selangor hari ini mentadbir negeri itu lebih baik daripada zaman Umno dahulu.

Punca kedua.Umno Selangor gagal sebagai pemain isu negeri dan hanya berharap isu nasional dapat diselesaikan.Setiap isu yang cuba dibangkitkan Umno Selangor dapat dipatahkan dalam masa singkat.

Punca ketiga.Umno Selangor gagal melahirkan cybertrooper berwibawa sehingga setiap isu yang dibangkit hilang begitu sahaja dalam masa 2 minggu.Puncanya pemimpin Umno kedekut duit untuk mengembeling tenaga trooper maya mereka.

Punca ke empat.Ketua penerangan semua peringkat masih buta isu tempatan yang boleh dibangkitkan masa kesemasa bagi menimbulkan keraguan kepada kerajaan Selangor.

Punca ke lima.Ketua pergerakan tiga sayap parti masih tidur dengan keadaan terkini walaupun rajin bermesyuarat merancang strategi.strategi yang dirancang hanya dibukukan dalam buku catatan.

Punca ke enam.War Room Umno negeri tidak memainkan peranan sebagai penyebar maklumat,malah orang yang dipertanggung jawab jahil dengan maklumat.

Dengan mengharapkan PAS bergabung untuk memerintah Selangor seperti lah peminta sedekah,oleh itu PRU 14 Selangor kekal dibawah pemerintahan kerajaan yang ada hari ini.





Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment