Beranikah Kerajaan Dedah Dana Tajaan Haji Yayasan 1MDB - Akhbar Maya

Videos

Beranikah Kerajaan Dedah Dana Tajaan Haji Yayasan 1MDB

Bukan sahaja Ikatan Muslim Malaysia(ISMA),rakyat seluruhnya juga mahu tahu punca dana tajaan haji dari Yayasan 1Malaysia Development Bhd.

Bukan sahaja keraguan sama ada mabrur atau tidak haji itu,dan penentuan hanya Allah sahaja yang tahu dan sesiapa yang ambil kerja Tuhan,Iblis gelak sakan.

Kalau seiringan dengan ke ikhlasan kerajaan perlu berterus terang darimana datangnya dana itu sedangkan perniagaan 1MDB belum lagi nampak hasil yang melabakan kerana projek 1MDB masih lagi dalam pembinaan.

Kerajaan jangan buat rakyat berdosa dengan pekara yang diragukan,kerana punca dosa itu dikira satu persatu asal mulanya.

Memang benar sebagai manusia kita tidak boleh menentukan sama ada mabrur atau tidak haji yang ditunaikan seseorang,sekiranya keraguan mula timbul banyaklah persoalan yang akan timbul dan tanggungjawab kerajaan bukan sahaja menyediakan pasarana bagi kemudahan rakyat sahaja,sebaliknya sumber untuk menunaikan rukun Islam ke Lima patut didedahkan kepada umum.
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab perlu menyatakan sumber tajaan haji dari Yayasan 1MDB kerana polemik ini sedang dihangatkan.

Puncanya bukan Mahathir sebaliknya kerajaan sendiri yang tidak pernah dedah darimana sumbernya sehingga keraguan timbul dikalangan rakyat.

Ini bukan soal orang UMNO atau parti pembangkang tetapi ini soal keraguan rakyat tentang hal yang sedang berbagnkit.

Sekiranya benar kerajaan hari ini lebih ikhlas daripada kerajaan terdahulu,mengapa rasa takut untuk mendedahkan dana tajaan haji dari Yayasan 1MDB?


Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment