MCA Nak Selamat Tengkok Bantah Himpunan RUU355 - Akhbar Maya

Videos

MCA Nak Selamat Tengkok Bantah Himpunan RUU355

Pemimpin MCA menegaskan pembantahan terhadap racangan PAS untuk mengadakan himpunan mega RUU355 seperti yang dicadangan diadakan didataran Merdeka pada bulan depan.

Himpunan itu bertujuan memberi penerangan jelas kepada orang ramai yang hadir mengenai RUU355 agar lebih faham.

RUU355 tiada kaitan langsung dengan orang bukan Islam,tetapi MCA bertindak lebih sudu dari kuah.

Berdasarkan pandangan ramai,MCA terpaksa berbuat demikian agar sokongan orang Cina kepada parti itu tidak lari kepada DAP.

Untuk pengetahuan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai,orang Cina yang tidak menyokong MCA bukan bermula sejak pindaan RUU355 pindaan 2016 yang masih tergantung di Parlimen,sebaliknya sejak PRU lepas dan sudah tentu Tiong Lai tahu puncanya daripada MCA sendiri.

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, himpunan tersebut berkemungkinan mencetuskan perpecahan antara kaum.

Sedarkah Presiden MCA apa yang dicakapkan?sedangkan RUU355 pindaan 2016 adalah untuk Islam ,malah langsung tidak memberi tekanan dan kaitan pada orang bukan Islam.

Katanya lagi,“Kami menentang himpunan sekiranya ia memecahbelahkan masyarakat dan mencetuskan perpecahan dalam negara.

Selama ini orang Islam tidak pernah berpecah kerana undang-undang Islam dan kenapa pula Presiden MCA membuat tanggapan sebarangan tanpa memahami RUU355 yang sememangnya lansung tiada kaitan dengan bukan Islam.

Perpecahan masyarakat antara Islam dan bukan Islam tidak akan berlaku kerana RUU355 memandangkan pindaan yang dibuat hanya berkaitan dengan undang-undang Islam untuk orang Islam bukannya ada kaitan dengan agama lain di bumi Malaysia.

Orang Islam tidak kira apa kaum diseru turun pada 18 Februari 2017 di Kuala Lumpur.Lokasi mungkin di Dataran Merdeka atau Padang Merbok.

Setakat ini,tarikh dan tempat masih belum muktamad,walau pun begitu akan dimuktamadkan dan di siarkan dalam akhbar dan laman sosial.

Nampak sangatlah pemimpin MCA dan Gerakan guna isu RUU355 untuk mengekalkan saki baki sokongan kepada parti itu.Sedangkan pemimpin MCA sendiri tidak mampu memberi penerangan sejelas-jelasnya,bahawa RUU355 tiada kaitan dengan bukan Islam kepada kaum Cina.

Nak Selamat Tengkok Sendiri sanggup guna RUU355 seumpama letak kaki di api dalam sekam.
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment