CNN:Pulau Pinang Antara Destinasi Patut Dikunjung di Asia - Akhbar Maya

Videos

CNN:Pulau Pinang Antara Destinasi Patut Dikunjung di Asia

Dalam pada blogger UMNO menghentam KM Pulau Pinang,Lim Guan Eng atas dasar tidak sealiran pegangan politik,stesen penyiaran Amerika Syarikat, CNN pula mempopularkan negeri itu sebagai sebuah destinasi yang harus dikunjungi diperingkat antarabangsa pada tahun 2017 di Asia selain dari Thailand dan China.

Seperti yang dilaporkan akhbar atas talian The Malay Mail negeri yang dikenali sebagai Pulau Mutiara ditangga kedua iaitu dibelakang Prince Edward Island, Kanada.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pengiktirafan itu akan menjadi perangsang kepada sektor pelancongan negeri yang kini terkenal di peringkat antarabangsa.

Agaknya apa pula blogger tegar UMNO akan tuding setelah negeri yang ditadbir DAP itu di iktraf di peringkat antarabangsa sebagai sebuah destinasi yang harus dikunjungi pelancong antara bangsa.

Rasanya akan ada penulis blog pro UMNO-BN akan kata Guan Eng telah bagi dedak kepada CNN.Kalau itu tuduhan bagaimana pula dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang berusaha mempromosikan produk pelancongan negeri itu diperingkat antarabangsa."Takkan Blogger tegar UMNO-BN nak kata Datuk Seri Nazri Aziz pemakan dedak Guan Eng.

Sementara itu Guan Eng pula menyatakan terimakasih beliau kepada menteri pelancongan seperti berikut,'“Saya berterima kasih kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz kerana beliau banyak mempromosikan produk pelancongan di negeri ini di peringkat antarabangsa.

Merisik nilai terimakasih itu,bahawa Guan Eng sedar popularnya Pulau Pinang di peringkat antarabangsa kerana usaha besar Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz.

Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment