Kuala Terengganu: Kerajaan negeri memutuskan tidak ada cuti peristiwa, Ahad ini walaupun ia hari pertama sambutan Visit Beautiful Terengganu 2017 (VBT17).
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelbagai program pelancongan dan kebudayaan terutamanya menyambut ketibaan 3,000 pelancong Asean ke negeri ini sempena VBT17 tidak terjejas walaupun tanpa cuti peristiwa.
“Ia tidak akan menjejaskan urusan pentabdiran kerajaan negeri walaupun pelbagai program dan aktiviti diadakan sempena VBT17.
“Jadi, tidak ada keperluan untuk kerajaan negeri mengisytiharkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa walaupun ramai penjawat awam terbabit sempena sambutan VBT 2017.
“Malah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan ketua jabatan kerajaan negeri sudah membuat penyusunan tugas pegawai dan kakitangan agar urusan pentadbiran terutamanya membabitkan orang ramai tidak terjejas,” katanya ketika mengulas viral yang tersebar di laman sosial yang mengatakan Ahad ini adalah cuti peristiwa di negeri ini.
(myMetro)
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment