60,669 Unit Mesin Judi Bernilai RM48.5 Dirampas di Selangor - Akhbar Maya

Videos

60,669 Unit Mesin Judi Bernilai RM48.5 Dirampas di Selangor

Sepanjang Januari hingga Disember 2016, sebanyak 60,669 unit mesin judi berkomputer dianggarkan bernilai RM48.5 juta dirampas polis hasil dari 4,828 serbuan di premis perjudian di seluruh Selangor.

Selain dari itu polis turut menahan seramai 4,438 individu termasuk 1,437 ‘kaki judi’ yang dikenakan tindakan undang-undang selain wang tunai berjumlah RM424,118 di premis diserbu hasil kegiatan perjudian itu.

“Pada hari ini (semalam) sebanyak 2,230 unit komputer dirampas di sekitar daerah Subang Jaya bermula tahun 2014 hingga Mac 2016. Semua komputer judi itu dilupuskan selepas selesai perbicaraan," demikian dinyatakan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat ketika Majlis Pelupusan Barang Kes Perjudian Komputer di Depoh Tunda Majlis Perbandaran Subang Jaya, semalam.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti perjudian. Pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi membanteras kegiatan perjudian,” katanya pada Majlis Pelupusan Barang Kes Perjudian Komputer di Depoh Tunda Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di sini, semalam.

Dari statistik yang diberikan oleh pihak berkuasa itu, rakyat Selangor kini bukan sahaja berhadapan dengan sekurang-kurangnya empat ribu pusat maksiat dan rumah urut haram, malah perjudian juga semakin berkembang di negeri tersebut.
29 Disember 2016
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment