Mungkinkah 2017 Tahun Akhir BN Perintah Malaysia? - Akhbar Maya

Videos

Mungkinkah 2017 Tahun Akhir BN Perintah Malaysia?

Beberapa jam lagi kita akan berada dialam tahun baharu 2017 dan pastinya kenangan 2016 tidak dapat ditinggalkan.

Pahit getir 2016 diharap memberi pengajaran bagi menghadapi tahun baharu agar lebih tabah dengan segala ujian.

Sedarkah kita,2017 tidak menjanjikan apa-apa yang lebih baik kiranya perubahan diri tidak dilakukan.

2017 juga tahun yang sukar diramal dan mungkin juga lebih "berbahaya" untuk ekonomi dunia akibat berlakunya sengketa negara kuasa besar dan peperangan yang belum ada noktah kedamaian antara negara bergolak.

Asia Barat memang jauh dari negara kita,namun konflik di Asia Barat juga membawa petanda nyata dunia sedang dilanda kacau bilau.
Perang mulut antara Rusia dan Amerika Syarikat topik yang tidak boleh diabaikan,kerana dua negara ini merupakan kuasa besar dunia bukan sahaja berkaitan ekonomi.

Cerita palsu yang disebarkan mengenai Malaysia oleh musuh politik kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga bukan satu pekara yang boleh dipandang mudah,kerana fitnah dapat meleburkan sesebuah kerajaan dan ekonomi negara juga akan bergolek seperti sampan dipukul ombak.

Kebangsatan pemimpin pembangkang akan bertambah bangsat pada 2017 berikutan tarikh pilihan raya semakin hampir dan tentulah gandaan serangan terhadap kerajaan dan Datuk Seri Najib akan ditingkatan.

Tidak cukup dengan dakwaan BR1M rasuah dan tunai haji tidak mabrur pembangkang pastinya mencari sari pati fitnah yang lebih kuat agar negera ini dapat diperintah mereka.

Nilai jasa pembangkang kepada negara dan rakyat hanyalah fitnah,manakala kebaikan yang ditempa demi rakyat hanya seperti zarah diatas bumi.

Jabatan penerangan negara ini perlu lebih peka dengan fitnah,dan fitnah perlu ditangani dengan penjelasan dari pihak penerangan yang dilantik jabatan supaya dapat mendahului fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap kerajaan.

Jangan pula mereka yang dilantik untuk memberi penerangan kepada rakyat dilihat sebagai biawak hidup atau jawatan yang ada hanya untuk imbuhan bulanan atau makan gaji buta dan itulah yang rakyat jelata faham setakat ini.

Para blogger penyokong kerajaan kena kerja kuat melawan dakyah pembangkang yang tidak tahu takut dengan api neraka.

Manakala pemimpin UMNO-BN tidak utamakan kerja untuk jadi calon PRU berikutan rakyat menilai kerja buat dan siapa lebih layak untuk dilantik sebagai pemimpin mereka.

Kemurnian dan keikhlasan perlu dilahirkan lebih awal bukanya diwujudkan dekat-dekat pilihan raya kerana itu satu retorik nyata.

Bahaya jika selalu ber-retorik dengan rakyat dalam dunia politik moden dengan dunia tanpa sempadan yang mana maklumat semasa dapat diupdate setiap detik.

2017 juga sempadan antara kekal atau tumbangnya UMNO-BN yang dilihat semakin diserang pembangkang,pemimpin UMNO-BN tidak perlu kedekut masa untuk rakyat kerana pembangkang sentiasa berselipar bersama rakyat dalam kawasan,malah lepak-lepak dengan rakyat menjadi amalan mereka.

Golongan penyokong UMNO-BN melalak siang malam menyatakan perjuangan mereka hanya untuk bangsa,agama dan tanah air,namun berbalah sesama sendiri tidak pernah tidak terjadi.

Kisah cyber trooper UMNO bergaduh menjadi buah mulut,segalanya berpunca berebut kasih sayang demi sesuap rezeki sehingga selipar menjadi saksi apabila muka facebooker tua puki babi melekat di pipinya.

Dalam keadaan UMNO-BN demam tak kebah,para cyber trooper pula bergaduh sesama sendiri,manakala Ketua UMNO Bahagian,Wanita,Puteri dan Pemuda pula berjuang untuk jadi calon.

Hakikat ini perlu diterima oleh semua pihak,bahawa perjuangan dalam UMNO hari ini tidak lagi berdasarkan ikhlas semata-mata,sebaliknya bergantung kepada wang ringgit.

Ramai percaya hayat UMNO-BN hanya bertahan sebelum PRU ke-14 namun yang berkeyakinan UMNO-BN boleh bertahan lebih ramai.

Andainya UMNO-BN masih lagi perintah Malaysia,ia bukanya menunjukkan UMNO-BN kuat,sebaliknya pembangkang lemah akibat daripada bertanding diatas logo masing-masing.

Inilah menjadi keyakinan pihak yang mengatakan UMNO-BN masih memerintah Malaysia selepas PRU ke-14 yang dijangka berlaku 2 bulah sebelum 2018.

Jika pembangkang dapat menyatukan hasrat untuk memerintah Malaysia pastinya pemimpin pembangkang berusaha untuk bertanding diatas satu logo sebagaimana Barisan Nasional.Namun hal ini tak mungkin terjadi kerana pembangkang sering bertelagah sehingga calon Perdana Menteri turut menjadi rebutan,sedang cahaya untuk pembangkang memerintah Malaysia belum pun kenampakan.

Kelemahan pembangkang memberi kekuatan kepada UMNO-BN dan kelemahan pembangkang juga memanjangkan hayat UMNO-BN.

Mungkinkah UMNO-BN masih meneraju negara ini sebagai sebuah parti tertua dinegara berdaulat ini.


Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment