KUALA LUMPUR – Ringgit yang ditutup rendah tahun ini, dijangkakan meneruskan aliran harga menurunnya minggu depan, ekoran sentimen pelabur yang lemah disebabkan unjuran kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) tahun depan.
Seorang peniaga berkata, data ekonomi AS yang kukuh, yang menunjukkan keyakinan pengguna yang meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lebih 15 tahun pada Disember, akan menggalakkan Rizab Persekutuan bertindak lebih agresif dalam dasar monetarinya.
Selain itu, beliau berkata, ringgit juga tertekan ekoran ketidaktentuan yang semakin meningkat mengenai dasar ekonomi Donald Trump yang baru dipilih sebagai Presiden AS, dan mula bertugas pada 20 Januari depan.
“Kebimbangan terhadap dasar perdagangan Trump juga memberi tekanan hebat ke atas mata wang negara di Asia yang bergantung kepada eksport, termasuk ringgit.
“Namun, kami yakin, ringgit akhirnya akan kembali stabil dan mengukuh dengan mengambil kira asas kukuh Malaysia, selain langkah yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia bagi mengurangkan keadaan mata wang tempatan yang tidak menentu itu,” katanya.
Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit didagangkan pada 4.4845/4875, mata terendah yang dicatat berbanding dolar US tahun ini berbanding 4.4725/4755 yang direkodkan pada Jumaat sebelumnya.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1043/1085 daripada 3.0934/0959 Jumaat lepas dan merosot kepada 3.8375/8411 berbanding yen daripada 3.8112/8145 minggu lepas.
Berbanding pound British, ia susut kepada 5.5213/5259 daripada 5.4904/4946 sebelumnya dan merosot kepada 4.7482/7523 berbanding euro daripada 4.6751/6800 Jumaat sebelumnya. – Bernama
Sultan Muhammad V melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
TASIK Anggi yang mempersonakan terletak di kaki Pergunungan Arfak.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment