212 Mangsa Banjir Hulu Terangganu Dipindahkan - Akhbar Maya

Videos

212 Mangsa Banjir Hulu Terangganu Dipindahkan

HULU TERENGGANU – Seramai 212 dari tiga perkampungan di Ajil dan Kuala Berang di sini telah berpindah ke pusat pemindahan setelah rumah masing-masing ditenggelami banjir sejak awal pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, tiga perkampungan tersebut ialah Kampung Bukit Kolam dan Kampung Bukit Ara, Ajil serta Kampung Tok Lawit, Kuala Berang.

“Seramai 170 mangsa ditempatkan di Surau Kampung Bukit Ara, Dewan Seri Puteh, Kampung Tok Lawit (32) dan Balai Raya Kampung Bukit Kolam (10).

“Jalan Kuala Pueh-Kuala Ping yang menghubungkan Kuala Pueh, Tapah, Payang Kayu, Baung dan Kuala Ping, Kuala Berang dekat sini pula ditutup untuk semua kenderaan selepas dinaiki air banjir setinggi 1.5 meter,” katanya kepada Kosmo!.

Sementara itu, beliau berkata, Bilik Gerakan Banjir Daerah Setiu mula beroperasi kira-kira sejam lalu selepas Kampung Pelong, Setiu menjadi lokasi terbaharu dilanda banjir. – K! ONLINE
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment