Wanita Bodoh Percaya Cinta Maya Rugi RM182,000
BUTTERWORTH - Seorang jurujual pasar raya mendakwa kerugian lebih RM182,000 termasuk semua caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang disimpan lebih 20 tahun gara-gara terpesona dengan ayat cinta dan janji manis teman lelaki maya.
Ang Siew Mah, 57, ibu tunggal anak dua itu berkata dia mengenali lelaki dikenali Ma Tian Xiang, 40-an, yang mengaku berasal dari Hong Kong menerusi laman sosial Facebook pada Mac lepas.
"Sikap lelaki berkenaan yang penyayang dan mengambil berat membuatkan saya jatuh hati dan mempercayainya ... dia berjanji mahu datang ke negara ini pada 5 Mei lalu ... selain berjanji mahu berkahwin dengan saya dan membawa saya tinggal di negaranya," katanya.
Bercakap dalam sidang akhbar di sini hari ini, katanya ketika lelaki itu mengajaknya menjalankan perniagaan tukaran mata wang asing atau Forex, dia bimbang ditipu tetapi selepas lelaki itu menunjukkan testimoni, dia bersetuju.
Katanya dia memasukkan RM49,968 pada 28 Mac lepas ke akaun milik lelaki itu, RM39,680 (14 April), RM12,500 (20 April), RM30,000 (21 April) dan pada Rabu lalu RM50,000.
Wanita itu berkata dia mula menyedari ditipu pada Jumaat lalu selepas akaun Facebook lelaki itu tidak aktif selain talian telefonnya gagal dihubungi dan membuat laporan polis di Bukit Mertajam hari ini supaya wanita lain tidak tertipu sepertinya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Supt Mohd Sabri Mohamad ketika dihubungi berkata polis sedang menyiasat laporan itu. - Bernama
0 comments:
Post a Comment