Malaysia Aman,Bagus,Mudah Cari Duit,Kata Anak Pattani - Akhbar Maya

Videos

Malaysia Aman,Bagus,Mudah Cari Duit,Kata Anak Pattani

Rakyat Malaysia sibuk berbalah pasal sokongan politik,kata yang tak sokong parti memerintah,dia tu tak betul,puak-puak kita ni yang betul.

Kata pula puak-puak yang sokong parti kerajaan,puak-puak tu tak betul,kuat menipu dan sebagainya.

Sampai bila masalah ini nak selesai selagi sibuk pakat nak menegak benang basah,sedarlah,'orang yang kata orang lain tak betul,sebenarnya dia adalah terdiri dari kumpulan yang tak betul.

Apa lagi yang tak ada di Malaysia,rajin kerja dapat duit(wang),hidup aman damai,tak ada tembak menembak,kalau ada pun itu semua yang digelar orang jahat( penjenayah).

Kalau di nagara saya(Thailand) ramai yang tak tahu apa-apa tetiba meninggal kena peluru(Kena tembak),kena bedil(kena tembak) dipasar,kedai kopi.sedang memandu kereta,tunggang motor malah sedang tidur pun ada yang kena tembak.

Paling sedih lagi,sedang solat di masjid juga ditembak mati,bukany saudara Islam Malaysia tak tahu,tapi buat-buat tak tahu agaknya kerana di sini senang-senang belaka, tak ada apa yang susah kecuali mereka-mereka yang kurang pandai susun atur hidup.

Sedarlah saudara ku di Malaysia,kamu semua sebanarnya boleh kaya raya dengan usaha di negara kamu yang aman,apa lagi Malaysia tak ada.

Jangan lupa saudara ku di Malaysia,nikamat paling tinggi dalam kehidupan disebuah negara berdaulat adalah keamanan,kamu boleh lepak di kedai kopi sampai pagi selagi kamu mampu.

Saudara ku di Malaysia,kami di wilayah selatan Thailand tak sesenang yang kamu rasa,nak bebas bertutur kata serupa di Malaysia bukannya semudah disini.

Nak tunjuk lagak sikit dah kena teruk dah tempat kami,tapi di Malaysia tak rasa seperti kami disana.

Kami dari Pattani,Narathiwat,songkla dan lain-lain wilayah (negeri) yang ramai Islam sungguh bangga dengan rakyat Malaysia,hidup mewah,aman,boleh berjalan-jalan malam dan siang.

Hingga kami disini(Pattani) juga turut ke Malaysia cari rezeki,orang Malaysia baik-baik,layan kami macam lama dah kenal walau pun baru sahaja kenal.

Kami dari Pattani rasa senang banyak bila datang Malaysia,dapat gaji boleh bantu adik-adik,ibu dan bapa serta saudara mara lain.
Di Malaysia tak susah kerja,bagi kami tukang cuci bekas makan di kedai makan pun dan rasa senang,tempat tinggal free,makan free,gaji kami semata-mata diguna untuk keluarga dan diri sendiri.

Orang Malaysia pula sibuk di berbalah pasal sokongan politik,kata orang itu tak betul,kata orang ini tak betul,padahal diri sendiri pun tak berapa nak betul,orang yang cerdik,dia mesti tengok pada kebenaran bukannya tengok kepada tuduhan selagi tak wujud bukti didepan mata,kita manusia tak boleh nak kata apa-apa.

Kita manusia di perintah bersyukur bukanya kerana banyaknya rezeki yang diterima,tapi ada puak-puak di Malaysia pula pakat-pakat puji Mahathir,kononya zaman Mahathir jadi perdana menteri ekonomi negara meningkat 7 persen,zaman Najib pula 5 persen.

Nak sokong siapa,sokonglah jangan sampai berpecah sesama sendiri,sebab itu hak masing-masing,tapi jangan bermasam muka.
Kita kena ingat bukan sikit atau banyak itu kita kena bersyukur,sebaliknya apa sahaja nikmat kita kena bersyukur,barulah kehidupan mendapat berkat.

Kami dari PatTani datang Malaysia bawa RM50 ringgit sahaja ,itupun dan banyak,bila dapat kerja kami kerja baik-baik,bila dapat gaji saya dan rakan-rakan lain terkejut kerana tak pernah dapat pegang wang sebanyak RM1,500 sebulan.

Saya dan kawan-kawan lain bersyukur,dengan adanya Malaysia kami dapat wang sebanyak itu,yang tak pernah kami dapat pegang.
Masuk tahun 2017 sudah tujuh tahun kami kerja di Malaysia,kami balik Pattani 3 atau 4 bulan sekali,itu pun demi keluarga dan nak sambung permit kerja serta chop pasport.

Selama hampir 7 tahun saya kerja di Malaysia,saya boleh beli motor kapcai berharga RM8,000 bayar tunai,boleh guna telefon bimbit berharga ribuan ringgit,kalau harap saya cari makan di negeri kelahiran belum tentu dapat semua itu.

Saya dan rakan-rakan amat suka hati(gembira) ada di Malaysia,tak rasa takut nak pergi kemana sahaja,tak ada kenderaan pun tak susah,sebab ada kereta taksi(Teksi Meter).

Boleh pergi jalan-jalan dari pagi balik malam asal ada duit(wang),boleh pergi masjid mana yang saya suka.

Ekonomi keluarga memang dimana-mana pun akan rasa susah kalau tak pandai cari peluang kerja,tak pandai nak buat kerja lebih sikit(over time).saya dan rakan-rakan dari pattani kerja mula dari pukul 5 petang sampai 3 pagi di kedai makan,itu belum dikira kemas-mengemas barangan dalam kedai.

Saya dan rakan-rakan kerja tanpa cuti kecuali sakit sudah hampir tujuh tahun,makanya dengan hasil usaha itu keluarga di Kampung pun rasa senang hati.

Orang Malaysia tak ramai rasa macam kita orang,sebab tak tengok macam mana orang kena bunuh dengan bedil(senjata api),tempat saya dan rakan-rakan kekadang ada hari-hari orang kena bunuh dengan bedil(senjata api).

Malaysia aman,Malaysia bagus,orang Malaysia semuanya baik,yang jahat tak usah ambil kira,biar undang-undang tentu nasib mereka,tapi nikmat keamanan di Malaysia tak serupa di kampung saya dan rakan-rakan.

Nota*
Artikel ini di tulis berdasarkan cerita rakyat Pattani Thailand 100% tidak ada tokok tambah,semuga dapat iktibar.
Kalau ada kata-kata yang mungkin tersentuh hati pembaca,bukan itu niat mereka,tapi bahasa penuturan mereka mungkin ada yang kasar.
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment