Pemandu Mabok Langgar Gerai Tepi Jalan - Akhbar Maya

Videos

Pemandu Mabok Langgar Gerai Tepi Jalan

GEORGE TOWN, 22 Mei — Sebuah kempen derma di Facebook bagi membantu gerai penjaja makanan di Pulau Pinang yang berkecai akibat dilanggar peniaga mabuk sudah mencecah sehingga RM2,000.

Rayuan derma kilat, disusuli dengan gambar gerai yang dimuat naik di Facebook mendapat sambutan sehingga penganjur meminta pengguna menangguhkan hasrat mereka untuk menghulurkan wang buat sementara sehingga gerai milik “Cik Ooi” dapat dibaiki.

“Terima kasih kepada orang ramai, di dalam dan luar negara yang sangat bermurah hati. Pagi ini sahaja kami sudah mengumpulkan kira-kira 2,000 ringgit bagi membantu Cik Ooi.

“Kami akan memberikan jumlah ini kepadanya tengahari ini,” tulis penggemar makanan Pulau Pinang, Robyn Eckhardt, dalam akaun Facebook miliknya.

“Apa yang terjadi kepada Cik Ooi sangat menyedihkan, tetapi sokongan anda mengagumkan. Terima kasih!” tambahnya.

Menurut penulis bebas itu, gerai bergerak Cik Ooi dilanggar ketika beliau dalam perjalanan ke tempatnya berniaga di Lebuh Kimberly di George Town.

Cik Ooi menjual char koay kak, sejenis hidangan kaum Tionghua di Pulau Pinang: ketulan nasi yang biasanya digoreng bersama lemak babi, kicap, telur, tauge dan sayur jeruk.

- Malay Mail
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment