Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu hasil ujian air kencing pemandu berkenaan bagi membantu siasatan mengenal pasti punca nahas.
Katanya, laporan awal siasatan akan diterima sepenuhnya minggu depan daripada pasukan khas siasatan kemalangan yang diketuai KTMB.
“Jika ada unsur kecuaian, perkhidmatan pemandu berkenaan akan digantung kerana kes serius ini memerlukan tindakan tegas,
” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Jom JPJ peringkat negeri anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di sini, hari ini. Beliau mengulas siasatan kemalangan membabitkan tren Ekspres Rakyat (Butterworth-Johor Baharu) dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) (Kuala Lumpur-Ipoh) yang bergesel di KM322 berhampiran stesen Kuala Kubu Baharu, 7 Ahad lalu. Kejadian itu menyebabkan tiga penumpang cedera ringan.
0 comments:
Post a Comment