PAS Kuat Bukan Kerana Haji Hadi
Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan kekuatan parti Islam itu bukan bersandarkan kepada presidennya mahupun barisan kepimpinan parti,sebaliknya sokongan akar umbi dan rakyat punca kekuatan Pas selama ini.
"Pas sebuah parti yang kuat. Kekuatan kita bukan sebab presiden. Adakah sebab Tuan Guru Hadi atau pemimpin-pemimpin di sekeliling dia? Bukan!
"Tetapi kekuatan itu bermula dari akar umbi, dari sokongan rakyat dalam masa yang panjang. Sebab rebahnya Pas, (bermaksud) rebahnya Islam di Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Muktamar Tahunan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan ke-31, di sini, hari ini.
Nik Abduh sempat mengimbau krisis dalaman Pas yang melanda parti itu sebelum ini.
"Pemimpin kita puja, dialah (yang) rebah. Sepatutnya Pas sudah hancur.
"Yang keluar (parti) itu, keluarlah tapi Pas terus gagah," katanya.
Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, pemimpin-pemimpin yang disifatkan sebagai abang-abangnya itu meninggalkan parti atau dibuang parti kerana menghidapi penyakit.
"Kekuatan Pas juga kerana Dewan-dewan Pemuda Pas ini. Pemuda kuat-kuat belaka, sihat. Yang rebah di atas itu...abang-abang kita kerana berpenyakit.
"Mereka keluar Pas, dibuang dari Pas bukan sebab Pas tapi kerana penyakit diri sendiri yang tidak diubati. Kanser itu bermula dari sel yang kecil jika tidak diubati, sama ada kena potong (buang) ataupun mati sendiri," katanya.
Mendakwa hasil pemerhatiannya, abang-abangnya meninggalkan parti juga dilihat gara-gara sudah hilang perhormatan kepada para ulama.
"Mereka hormat yang mereka mahu hormat. Mereka tidak hormat yang mereka tidak mahu hormat.
"Ini ALLAH tidak terima, jadi, jangan begitu," katanya.
0 comments:
Post a Comment