ISTANBUL: Forum Antarabangsa Palestin bagi Media dan Komunikasi yang berlangsung selama dua hari berakhir Jumaat, dengan gesaan agar Palestin perlu mengukuhkan sendiri medianya bagi mempengaruhi perjuangan mereka dan menghapuskan propaganda Zionis sekali gus tidak bergantung kepada media barat.
Para peserta sedar ia sudah pasti satu tugas yang sukar kerana kekurangan sumber dan iltizam politik. Walau bagaimanapun mereka juga sedar, media yang kuat akan memberi pulangan yang besar sebagaimana ia memberi manfaat kepada Israel.
Pengurus Jabatan Online Aljazeera, Imad Nayef Musa berkongsi dengan peserta semasa sesi pertama forum itu bertemakan 'Digital Palestine' bahawa wartawan Palestin juga tidak mencukupi.
Beliau mengaitkan masalah itu berdasarkan fakta golongan muda Palestin tidak dapat mengikuti jurusan kewartawanan berikutan sukar untuk menyambung pelajaran dan peluang pekerjaan yang terhad.
Imad yang berpangkalan di Doha percaya, media yang kuat adalah perlu untuk menangani propaganda terhadap Palestin. Ini termasuk propaganda melalui internet 'Israel is not Palestine' dan cerita militan Daesh digunakan oleh sesetengah media untuk menggambarkan rusuhan di Gaza.
Sementara itu Arlene Clemesha, Prof Kontemporari Sejarah Arab dan Sejarah Palestin berkata sering kali, banyak laporan baharu mengenai Palestin adalah palsu, dangkal dan tidak menceritakan keadaan sebenar.
Ramai media dan kolumnis, menjauhkan diri untuk membicarakan subjek mengenai Palestin.
Sarjana Universiti de Sao Paulo di Brazil ini menegaskan organisasi berita tidak mahu melihat reaksi daripada kumpulan pelobi Zionis atau ahli perniagaan, dan ini menyebabkan mereka menulis cerita yang tidak benar atau dangkal mengenai Palestin.
Lebih-lebih lagi, mereka tidak mendapat insentif jika menulis mengenai Palestin.
Peserta juga mahu melihat media Palestin yang kuat dan akan mengetengahkan keadaan sebenar di Palestin kepada Diaspora Palestin dan dunia.
Kebanyakan peserta yang telah diusir oleh Israel juga menyatakan walaupun berada jauh dari tanah air, mereka sentiasa memantau perkembangan di Palestin dan amat berharap dapat kembali semula ke Palestin sebagai sebuah negara berdaulat suatu hari nanti.
Seorang daripada peserta turut mencadangkan media Palestin menyiarkan laporan berita dalam bahasa Ibrani, jadi orang Yahudi juga mengetahui kisah di Gaza.
Forum dua hari itu turut memberi peluang kepada warga Palestin dalam buangan untuk bertemu, mengetahui perkembangan tanah air mereka dan jaringan. Lebih 400 peserta menyertai forum itu
-mStar
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment