PKR Takut Lawan BN PRK Tanjung Datu Sarawak - Akhbar Maya

Videos

PKR Takut Lawan BN PRK Tanjung Datu Sarawak

Hari ni tak sempat nak nulis.oleh itu saya copy pate diblog lain letak kat sini....

Kejantanan PKR terhumban di Sarawak apabila mengambil keputusan diluar jangkaan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil(PRK) Tanjung Datu pada 18 Februari ini.

Sebenarnya bukan alasan untuk memberi peluang kepada kerajaan negeri melaksanakan semua janji yang dibuat oleh Allahyarham Tan sri Adenan Satem sebaliknya undi yang diperolehi calon PKR, Jazolkipli pada PRN ke-11 sebanyak 468 undi menjadi ukuran ketidakmampuan sebenar PKR.

Kiranya diambil kira kepada janji pemimpin Barisan Nasional PKR tidak perlu bertanding pada PRU 14 nanti bagi memberi peluang kepada pemimpin Barisan Nasional untuk melunaskan segala janji kepada rakyat.
Dengan majoriti diperolehi Allahyarham Adenan 6,360 undi PKR melihat peluang untuk mengalahkan calon Barisan Nasional amat tipis.

Keptusan PKR tidak bertanding di Tanjung Datu seperti di maklum Pengerusinya Baru Bian amat melucukan berikutan visi yang digariskan Allahyarham seiring dengan wawasan PKR serta aspirasi rakyat Sarawak,namun pada PRU 14 PKR akan bertanding menentang calon Barisan Nasional sedangkang visi Allhyarham diteruskan oleh Ketua Menteri Sarawak baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Visi Allahyarham Tan sri Adenan Satem bukan sahaja di Tanjung Datu malah seluruh negeri Sarawak,sekiranya benar PKR ingin memberi peluang kepada barisan Nasional untuk melaksana visi Allahyarham pada PRU 14 PKR tidak perlu letak calon mereka dikawasan pilihanraya peringkat Parlimen .Alasan PKR hanya topeng untuk tuntup malu.-Hot Kelate
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment