Mahathir Tidak Sejahat Anwar Ibrahim - Akhbar Maya

Videos

Mahathir Tidak Sejahat Anwar Ibrahim

MAHATHIR tersasul, katanya. Berpuluh tahun mengatakan Anwar ini jahat, mana mungkin dalam tempoh yang begitu singkat boleh begitu saja mengatakan Anwar ini baik, suci dan mulia. Kenyataan itu, berdasarkan pengalaman penulis, bukan tersasul tapi memang datang dari hatinya sendiri.

Apa pun, cakap pasal jahat ini, memanglah diakui Mahathir tak mungkin sejahat Anwar. Anwar meliwat dubur pemuda sedangkan Mahathir -sepanjang yang kita tahu, belum lagi. Tak tahulah kalau ada dokumen bakal didedahkan CIA yang akan menyebut perkara itu di masa akan datang.

Seperti mana skandal BMF ini kelmarin. Harapnya tidaklah sebab buruk sangat waima untuk dibayangkan saja pun.

Tapi setakat itu sajalah perbezaannya kedua dinosaur politik ini, dari hal-hal yang lain seperti membawa perpecahan Melayu, pelbagai skandal yang menyelubungi karier politik masing-masing, Anwar dan Mahathir ini lebih kurang sama saja. Tinggal lagi yang kena penjara sebab liwat dan salah guna kuasa, Anwar – yang tak kena apa-apa Mahathir.

Maka itu penulis mengulangi gesaan semalam, agar kerajaan menyemak kembali semua skandal Mahathir sepanjang menjadi Perdana Menteri. Tak semestinya tujuan tu untuk cari salah Mahathir – kalau ada pun eloklah juga, tapi ini tanggungjawab kerajaan kepada rakyat sebab sepanjang yang penulis tahu, semua duit yang HILANG semasa pemerintahan Mahathir bukan duit poket dia, tapi duit rakyat.

Kerugian RM 30 billion forex, RM 10 billion hilang dalam kes BMF (RM 2.2 billion pada waktu itu), semua kerugian ditanggung kerajaan sepanjang krisis ekonomi 1997 dan sebagainya. Begitu juga banyak misteri yang masih belum terjawab lanjutan dari semua skandal-skandal tersebut.

Contoh pembunuhan Allahyarham Jalil Ibrahim SP (Seri Pahlawan Gagah Perkasa) dalam skandal BMF. Pembunuhnya dah tahu tapi siapa yang suruh bunuh, sampai sekarang tak tahu siapa, sebab tu suruh tengok balik.mykmu

Harap Mykmu tak marah copy paste artikelnya
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment