KUALA LUMPUR 8 Sept. - Projek Taman Tugu bertujuan memulihara dan mengaktifkan semula taman hutan hujan di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur telah dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 September lalu.
Inisiatif yang digerakkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) di bawah tanggungjawab sosial korporat itu akan meningkatkan kesalinghubungan dengan tempat-tempat berdekatan Taman Tugu sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberi kemudahan kepada rakyat dan pelancong yang dijangka siap pada pertengahan 2018.
Untuk itu, Khazanah akan mengadakan program mendekati masyarakat untuk mendapatkan maklum balas mereka tentang pembangunan taman berkenaan.
Selain melalui laman web rasmi, orang ramai dijemput menghadiri sesi perjumpaan umum dengan Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar.
Sesi pertama akan diadakan esok bermula 10 pagi di Tingkat 7, Mercu UEM, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral.
Sesi kedua akan diadakan pada Sabtu, 10 September di lokasi dan masa yang sama.
Orang ramai dijemput hadir. - UTUSAN ONLINE
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment