SIAPA yang menghina Tun Dr Mahathir ? kalau bukan pronya sendiri yang popular dengan gelaran pro tun.
Sejak awal mula penyerangan terhadap Perdana Menteri Datuk Sri Najib ,Dr Mahathir dilihat telah mengatur langkah salah,sedangkan dia sendiri tahu apabila seseorang telah dipilih Allah makanya Allah jugalah yang menurunkan,itulah hakikat yang perlu diterima setiap manusia.
Tun Dr Mahathir sepatutnya meletak kesangsian kepada setiap maklumat yang diterima daripada orang disekelilingnya,terutamanya berkaitan isu-isu besar yang kononya boleh gugat kedudukan Datuk Seri Najib tergolek jatuh.
Walaupun Tun Dr Mahathir memikul tanggungjawab Perdana Menteri selama 22 tahun dia sepatutnya tidak menganggap bunga tetap harum walaupun telah gugur dari tangkai.
Ramai yang tersilap langkah terutamanya pengikut-pengikut Tun Dr Mahathir yang turut percaya Tun Dr Mahathir masih mempunyai akses kepada sumber maklumat,tapi sayang Tun Dr Mahathir sendiri mengakui beliau tiada bukti.
Pro Tun Dr Mahathir sepatutnya dari awal menyedari walaupun idolanya pernah menjadi bos kepada pemimpin negara selama 22 tahun,akses tersebut telah menjadi second-class dan boleh ditipu bila-bila masa.
Tun Dr Mahathir sebenarnya dipergunakan bagi kepentingan mereka-mereka yang tidak lancar pemikiran untuk melemahkan Datuk Sri Najib.Tapi sayang Tun Dr Mahathir juga telah lama tercabut taring sehinnga ada yang berani mengatakan beliau belum baligh walaupun berusia 90 tahun.
Bukti ketumpulan minda dan tercabutnya taring Tun Dr Mahathr,tiada lagi cerita berkaitan Justo yang diputar selama ini,malah maklumat palsu baru berkaitan salah guna wang 1MDB juga tidak kedengaran.
Baca lagi menarik-http://www.hotkelate.tv/penangkapan-lim-guang-eng-bukan-luar-biasa/
Berkaitan isu 1MD yang tiada isu,Tun Dr Mahathir telah menghina dirinya sendiri setelah sekian lama melalak dihadapan beberapa ekor rakyat,Tun Dr Mahathir juga yang mengatakan beliau tiada bukti.
Untuk tidak menampakkan kesilapan besar telah dilakukanya,Tun Dr Mahathir tetap juga bolak-balik hujah basi mengenai 1MDB tanpa fakta.Dengan cara itu beliau dan angkatan yang diperbodohkan oleh mereka yang berkepentingan boleh menganggap yang isu 1MDB masih hangat dikepala rakyat jelata.Hakikatnya Tun Dr Mahathir diketawakan.
Ketika Tun Dr Mahathir Perdana Menteri rakyat kampung hanya terima bantuan baja cap dacing,manakala dekat pilihan raya pula,rakyat akan terima 5 kilo beras dan kain sarung.
Apakah Tun Dr Mahathir masih ingat tahap pemikiran rakyat masih seperti di zamanya Perdana Menteri? sehingga sanggup heret Dr Siti Hasmah berhujan panas berada dipentas pembangkang,sedangkan keuzuran Dr Siti jelas kelihatan.
Kesilapan Tun Dr Mahathir dan pronya jelas kelihatan apabila peribadi Datuk Seri Najib dan isteri serta anak turut diserang.
Jika peribadi Perdana Menteri Datuk Sri Najib dan keluarganya di serang,dah sepatutnya Tun Dr Mahathir menerima serangan balas dari penyokong Perdana Menteri kesayangan rakyat.
Namun isteri Tun Dr Mahathir pula yang rasa terkesan apabila suaminya diserang balas.Apakah Dr Siti Hasmah ingat Datin Sri Rosmah Isteri kepada Datuk Sri Najib tidak terkesan apabila peribadi keluarganya di serang? dan apakah Tun Dr Mahathir dan angkatannya ingat Datuk Seri Najib akan tunduk dengan serangan itu?.Hakikatnya yang terlentang adalah Tun Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya.
Banyak pihak berpendapat,perjuangan Tun Dr Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri kini bukan untuk kepentingan dirinya semata-mata,malah tidak juga demi rakyat kebanyakan seperti yang didakwa.Sebaliknya demi kepentingan sekumpulan jerung yang banyak menerima faedah selama 22 tahun semasa Tun Dr Mahathir Perdana Menteri.
Jadinya,siapakah yang menghina Tun Dr Mahathir jika bukan dirinya sendiri…..
http://www.hotkelate.tv/penangkapan-lim-guang-eng-bukan-luar-biasa/
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment