Bintang baru dalam arena seni iaitu Nur Zahirah Macwilson binti Zainol atau lebih dikenali sebagai Zahirah Macwilson, 21, ketika ditemui baru-baru ini, ada memberitahu mengenai hubungannya dengan pelakon tampan, Zul Ariffin.
Perhubungan antara Zahirah dan Zul yang dilihat begitu mesra dan rapat, telah menjadi tanda tanya kepada netizen tentang hubungan sebenar mereka sehingga mengundang pelbagai spekulasi.
"Kami sudah setahun lebih kenal dan untuk bertunang itu rasanya masih terlalu awal. Sebab kami berdua belum berbincang lagi dan masing-masing sedang fokus dengan karier. Jadi ikut rentak sajalah," ujarnya sambil tersenyum.
Sekalipun MH Online mengusik seandainya salah satu dikebas orang lain, Zahirah hanya mampu tersenyum dan tidak memberikan sebarang respon.
"No komen, saya tak tahu nak cakap apa, utamakan kerjaya dulu," jawabnya tenang.
Sementara itu, Zul Ariffin dan bekas kekasih hatinya juga masih lagi berhubung, namun apabila diajukan soalan adakah Zahirah cemburu? Ini jawapannya;
"Mereka berdua masing-masing sangat profesional, jadi tidak cemburu," katanya.
Menyentuh dalam perkembangan kerjayanya pula, Zahirah ketika ini sedang mengikuti penggambaran Cik Cinderella En Tengku Raya untuk tele. Kemudian akan terlibat dengan 150 episod dan akan digandingkan dengan aktor tampan berasal dari Indonesia, Irwansyah. Seterusnya bakal terlibat dengan penggambaran filem selepas bulan puasa depan.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment