FELDA United perlu berwaspada dengan kebangkitan yang bakal dipamerkan Pulau Pinang dalam pertembungan Liga Super di Stadium Bandaraya, malam ini.
Ketua Jurulatihnya, Ifran Bakti Abu Salim berkata, meskipun The Fighters kini selesa selaku pendahulu liga namun, itu bukan alasan untuk skuad kendaliannya bermain sambil lewa dengan pasukan di tangga tercorot.
Ini kerana Irfan percaya Harimau Kumbang itu mampu menggugat kedudukan mereka terutamanya selepas tewas 0-1 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi sebelum ini.
"Mereka akan tampil dengan aksi berbeza berbanding sebelum ini dan saya jangkakan mereka bermain lebih kemas dan menyerang. Tambahan pula mereka memiliki kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri.
"Jika dilihat aksi menentang JDT pun, mereka beraksi cukup mantap. Jadi saya ingatkan barisan pemain saya agar tidak memandang rendah keupayaan lawan kerana mereka mampu melakukan kejutan dan magis," katanya.
Memgulas mengenai status pemain importnya, Thiago Augusto yang direhatkan akibat kecederaan, Irfan berkata, baki dua permainan lagi bakal menentukan sama ada mahu mendaftarkannya bagi menggantikan pertahanan Brazil, Gilberto Alemao.
"Kami akan meneliti sama ada mahu membawa masuk Thiago untuk memperkuatkan lagi barisan serangan atau mengekalkan Gilberto untuk terus mengukuhkan pertahanan sedia ada," katanya.
-Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment