MANCHESTER United menutup tirai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan kemenangan 3-1 ke atas Bournemouth pada aksi di Old Trafford, awal pagi Rabu.
Kemenangan ini juga meletakkan skuad bimbingan Louis van Gaal ini di tangga kelima liga, mengambil alih posisi Southampton dengan kelebihan tiga mata (66) sekaligus menempah tiket untuk beraksi dalam Liga Europa musim depan.
Hampir tamat separuh masa pertama, kedua-dua pasukan gagal meledak sebarang jaringan, namun Wayne Rooney tampil memecah kebuntuan gol pada minit ke-43.
Ledakan tersebut melengkapkan rekod gol ke-100 buat kapten United itu dalam aksi keseluruhan liga di ‘Theatre of Dreams’ ini.
Bersambung ke babak kedua, United tampil lebih rancak dengan melakukan serangan berterusan yang turut menyaksikan pemain tengah, Michael Carrick hampir menambah gol kedua, namun percubaan kencang dari jarak 23 meter itu terkena palang gol.
Bagaimanapun bintang muda United, Marcus Rashford berjaya menambah gol kedua pada minit ke-75.
Manakala Ashley Young mengukuhkan kedudukan dengan menyumbat gol ketiga pada minit ke-87.
Namun, United gagal memastikan rekod bersih tanpa jaringan pihak lawan apabila Chris Smalling tersilap percaturan dengan memberi gol saguhati kepada Bournemouth, 47 saat sebelum masa kecederaan (tiga minit) berakhir.
Kemenangan ini juga dianggap sebagai aksi pemanas badan bagi United menjelang final Piala FA bertemu Crystal Palace Ahad ini.
Selain itu, Rooney terpilih sebagai Man of The Match perlawanan akhir liga ini selepas mempamerkan aksi mantap dengan mengetuai jaringan awal selain mencipta peluang gol untuk rakan-rakannya.
Dalam pada itu, Rashford,18, terus menunjukkan prestasi sekaligus mampu meningkatkan keyakinannya untuk merebut tempat dalam skuad England bagi aksi Euro 2016, Jun ini.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment