Terima Hakikat BN Kuat,Pembangkang Berpecah - Akhbar Maya

Videos

Terima Hakikat BN Kuat,Pembangkang Berpecah

Pemimpin Umno-BN harus terima hakikat kekuatan yang ada pada BN adalah hasil daripada perpecahan pembangkang yang tidak pernah bertanding diatas satu tiket seperti parti parti komponen dari BN.

Pembangkang hanya mahu berpakat untuk memerintah atau kongsi kuasa dibeberapa negeri yang pernah ditawan dari BN,seperti Kedah,Perak tetapi dapat dirampas kembali oleh BN kerana pembangkang tidak pernah bersatu diatas satu bendera.

Cuba lihat PAS Kelantan yang meraih kemenangan diatas tiket sendiri  dan perintah pun dengan tiket sendiri walau pada asalnya hasil dari kerjasama pembangkang yang membentuk barisan yang telah lebur.

Walupun Kelantan jatuh pada PAS sejak 90an lagi,BN tidak mampu merampas balik sehingga ke hari ini,itulah kelebihan bertanding diatas satu tiket.

Kedah yang diperintah parti dalam Pakatan Rakyat dan bertanding diatas tiket masing-masing tidak mampu bertahan lama akibat sering bergesel sesama sendiri dan kesempatan itu di ambil BN sebaik mungkin begitu juga dengan Perak.

Kini Selangor juga akan ikut terjadi seperti Kedah dan Perak berikutan PAS tidak bersama Pakatan Harapan Baharu yang di Wujudkan setelah Pakatan Rakyat dikebumikan.

Contoh terbaik PRK Sungai Besar,parti blok Pakatan Harapan tuduh PAS degil tidak mahu mengalah,hakikat sebenar tidak ada undang-undang yang mencegah PAS dari mengadakan sebarang pertandingan dalam pilihan raya sebabnya selama ini pun bertanding diatas tikek masing-masing,bukanya diatas satu tiket sebagaimana UMNO,MIC,MCA,GERAKAN dan lain-lain parti di Sarawak dan Sabah yang bersama Barisan Nasional.

Tidak mustahil Selangor akan tumbang pada PRU14 nanti jika PAS terus dengan onar sendiri kerana tidak mahu tunduk kepada DAP rasis yang sudah lama menekan PAS sehingga perjuangan untuk menubuhkan negara Islam di gugurkan,sungguh dayus ketika itu pemimpin PAS yang kelihatan seakan-akan menyembah pemimpin DAP.

Jika kekal kerjasama Pembangkang dalam Pakatan Rakyat dan BERTANDING DIATAS SATU TIKET pada PRU 14 nanti BN akan menempuhi liku-liku pahit dengan pastinya apabila jumlah kerusi parlimen akan berkurangan teruk.

Hakikat kekuatan yang ada pada Barisan Nasional adalah hasil dari perpecahan pembangkang tidak boleh ditolak dengan rasa ego atau apa alasan sekali pun.

Dunia menyaksikan isu dalam Umno-BN begitu teliti sehingga akhbar barat juga turut campur dengan membohongi segala isu 1MDB dan RM2.6 bilion dan UMNO tidak dapat menangkis sepenuhnya bukan sahaja yang ditimbulkan diluar negara malah yang dalam negara juga turut tidak dapat diselesaikan dengan cara menyeluruh.

Tambah lagi,Mahathir yang di darjat oleh pembangkang sebagai maha firaun atau maha zalim kini aktif menabur fitnah terhadap Perdana Menteri sehingga kelihatan penerangan Umno tak mampu lagi nak buat apa-apa malah nak bercakap pun seperti takut,takut pemuda,puteri,wanita melenting kerana kegagalan menjelaskan isu-isu besar yang sedang timbul.

Hakikat kekuatan Barisan Nasional yang ada ini semakin terhakis akibat gagal segagalnya menjelaskan isu atau persepsi yang ditimbulkan oleh pembangkang sehingga makcik dan pakcik kampung turut berkata Najib curi duit RM2,6 bilion dan Najib juga curi Wang 1MDB.

Kebanyakan isu berat yang menimpa barisan Nasional hari ini di ringankan oleh penulis blog,facebooker yang dituduh pemakan dedak.

Namun ramai facbooker dan Blogger tidak diberi dedak siang malam mempertahankan pemimpin dan parti yang mereka cintai,pejuang-pejuang yang tidak didendang ini atau pejuang yang tidak diberi makan dedak seperti tuduhan musuh Najib hanya tersenyum,apabila melihat banyak blog yang diberi makan dedak dahulunya begitu aktif,tapi kini dah senyap sunyi dari berita membela kerajaan,malah langsug tiada update berita.

Pejuang yang tidak didendang pula terus menerus mempertahankan parti dan pemimpin tanpa mengenal percuma atau bayar demi jasa parti kepada bangsa serta agama persekutuan.

Apa sebenarnya yang BN mahu..sehingga biro-biro dalam Bahagian seperti tokong yang dibalut kain kuning dan putih...Pooorah

Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment