Tangani segera kejatuhan mendadak getah - Akhbar Maya

Videos

Tangani segera kejatuhan mendadak getah

SHAH ALAM, 18 MEI: Kerajaan Persekutuan perlu menangani segera masalah kejatuhan mendadak harga komiditi getah yang kini membelenggu pekebun kecil dan penoreh getah terutama di Kedah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan perlu menetapkan harga lantai bagi getah skrap kepada RM4 sekilogram berbanding RM2 sekilogram ketika ini.

Wan Azizah“KEADILAN memandang serius masalah yang dihadapi pekebun kecil dan penoreh getah khususnya di Kedah yang dilanda kemiskinan akibat harga getah yang turun mendadak dan ia perlu ditangani segera.

“Pada 29 Mei 2015, harga getah skrap di Kedah berada pada tahapRM 2.15 sekilogram. Manakala, pada harganya RM2.04 sekilogram, pada 16 Mei lalu.

“Kadar penurunan harga getah segerap adalah 5.1 peratus dalam tempoh setahun,” katanya dalam kenyataan.

Wan Azizah berkata, penoreh memperoleh pendapatan sekitar RM20 hingga RM30 sehari dengan kadar torehan sekitar 10-15 kilogram berdasarkan kepada harga getah semasa.

Katanya, lebih teruk lagi jika kebun getah itu dipajak dan pendapatannya terbahagi dua.

menoreh getah“Apakah pendapatan sekitar RM500 hingga RM900 sebulan sebegini mampu menyara keluarga, pendidikan dan mendapat makanan berkualiti ditambah dengan kadar inflasi yang terus meningkat selain fenomena El-Nino yang mengurangkan hasil getah?

” Langkah perlu diambil bagi menstabilkan harga getah, terutama skrap yang menjadi sumber pendapatan tambahan kepada penoreh,” katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendesak kerajaan mewujudkan mekanisme bayaran tetap kepada penoreh getah sebanyak RM1200 sebulan seperti dicadangkan Kesatuan Kebangsaan Ladang (NUPW).

Beliau berkata, mekanisme terbabit perlu diwujudkan bagi membantu penoreh getah mendapatkan pendapatan minimum walaupun dalam keadaan pengeluaran getah yang merudum.

-NFN-
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment