Sekolah Pasang CCTV Elak Gejala Ponteng dan Jenayah - Akhbar Maya

Videos

Sekolah Pasang CCTV Elak Gejala Ponteng dan Jenayah

KEPALA BATAS, 21 Mei  – Sekolah Kebangsaan Bumbong Lima (SKBL) di Kepala Batas dikatakan telah mencipta sejarah sebagai Sekolah Kebangsaan pertama Malaysia memasang kamera litar tertutup dalam kawasan sekolah.

Kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) ketumpatan tinggi (High Density) yang dipasang dilengkapi kebolehan merakam bunyi.

Ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semasa Majlis Sumbangan Penyerahan Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup tersebut semalam.

Reezal yang juga merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Eksekutif Talk Focus Sdn Bhd (TRON), Datuk Seri Eric Yap selaku penyumbang utama kamera litar tertutup sembilan saluran berserta dua monitor yang bernilai kira-kira RM20 ribu itu.

Dalam pada itu, TRON turut menyumbangkan 60 buah GPS Kids Phone yang berfungsi sebagai pengesan lokasi pemiliknya melalui akses telefon pintar kepada 60 pelajar terpilih.

Tambah Reezal, beliau berharap pemasangan kamera litar tertutup ini dapat diperluaskan lagi di Parlimen Kepala Batas khasnya, demi memantau keselamatan pelajar dan harta benda sekolah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terdahulu, Pegawai Hal Ehwal Awam Seberang Perai Utara, ASP Priya a/l Kiang menyampaikan ceramah tentang ancaman keselamatan terhadap pelajar.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk melindungi murid sekolah rendah kerana pada usia yang terlalu muda, mereka sukar membezakan perbuatan baik, buruk atau bahaya kepada diri sendiri mahu pun orang lain.

Tambahnya, dengan kewujudan alatan moden seperti CCTV, masalah buli, vandalisme, ponteng sekolah serta kes pencerobohan kawasan sekolah juga boleh menurun.

-Akhbar Maya
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment