PRK:Rakyat Harus Buat Pilihan Bijak Demi Pembangunan - Akhbar Maya

Videos

PRK:Rakyat Harus Buat Pilihan Bijak Demi Pembangunan

TELUK INTAN 22 Mei - Pengundi di kawasan Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor perlu mengundi secara bijak dengan memilih calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang bagi memastikan agenda pembangunan rakyat di kawasan itu dapat diteruskan.
Tajuddin Abdul Rahman Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ini kerana jika pengundi memilih pembangkang sebagai wakil rakyat mereka, ia adalah sesuatu yang merugikan kerana telah terbukti sehingga kini pembangkang tidak mampu membawa apa-apa pembangunan di negeri yang diperintah mereka.

"Tidak ada sebab nak bagi undi kepada pembangkang kerana kalau bagi undi pada mereka sia-sia sahaja, tak membawa kebaikan atau keuntungan kepada pengundi.

“Saya harap pengundi dapat berfikir secara rasional apa keupayaan yang dilakukan oleh pembangkang berbanding wakil rakyat BN yang berkhidmat demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan dengan Anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Pasir Salak di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calon pada 5 Jun.- BERNAMA

Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment