STRATEGI menyerang empat penjuru Mahathir untuk jatuhkan Perdana Menteri yang dicalit Allah untuk jawatan Perdana Menteri tidak akan berkesan kerana peluru yang digunakan pernah direndam dalam Najis.
1-DAP-13 Mei
2-PKR-Liwat
3-PAN-Bilik 121
4-Mahathir –Ratusan Bilion Wang Negara Hilang,Pembunuhan Rakyat di Kampung Memali dll
Walaupun gabungan parti pembangkang bersama Mahathir dan teamnya tidak diakui sebagai gerakkan untuk menjatuhkan kerajaan,namun amat jelas kearah itu apabila Mahathir sendiri menyeru agar kalahkan BN di dua PRK,Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Sukar untuk mengatakan gerakan itu tidak bertujuan menjatuhkan kerajaan memandangkan Barisan Nasional bukan sahaja wujud di Selangor dan Perak.
Tujuan pembangkang memutar belit segala isu adalah untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan samalah dengan seruan Mahathir supaya kalahkan BN di dua PRK.
Peratusan besar penjenayah yang dihukum penjara atau dihukum gantung sampai mati juga tidak mengaku bersalah ketika kesnya dibicara di Mahkamah.
Begitulah Mahathir yang tidak mengakui dia telah menyertai pembangkang tetapi sama-sama bergerak di atas nama gerakan rakyat.Dengan kerana beliau tidak menyertai mana-mana parti senanglah untuk membuat penafian keatas pekara yang jelas.
Jika untuk mengundi mana-mana parti politik yang bertanding dalam pilihan raya setiap rakyat Malaysia tidak perlu menyertai PAS,BN,DAP,PKR dan sebagainya.Hanya perlu daftar sebagai pemilih apabila berusia 21 tahun dan Mahathir juga daftar untuk membolehkan beliau memberi undi kepada mana-mana parti bertanding.
Untuk berjuang bersama-sama dalam parti politik daftar sebagai ahli parti tidak menjadi syarat utama sesebuah parti.sebagai contoh yang berlaku sekarang,Mahathir sendiri berjuang untuk jatuhkan Najib dan kalahkan BN malah apa yang dilakukan beliau merupakan agenda pembangkang.
Jika alasan yang dilakukan kumpulan pembangkang bersama Mahatir diatas nama rakyat Malaysia.Jangan bodohlah dengan alasan itu kerana parti selain pembangkang juga berjuang untuk rakyat sejak puluhan tahun dahulu.
Jika dakwaan Najib melakukan rasuah,apakah Mahathir lupa yang beliau sendiri juga turut didakwa dengan tuduhan sama oleh rakyat,malah maha zalim dan maha firaun turut dianugrahkan pada beliau oleh rakyat.Oh lupa,Mahathir tidak tahu kerana zaman beliau perdana menteri media social belum dikenali rakyat Malaysia.
Mana mungkin Perdana Menteri yang dipilih rakyat dengan ketentuan Allah boleh jatuh semudah itu kerana tarikh awal dan akhir hanya ditentukan Allah,bukanya Mahathir dan kuncu-kuncunya.
Dengan menggunakan peluru utama yang pernah terpalit dengan najis,apakah peluru-peluru itu boleh meletup semudah letupan mercun.
Kata-kata rakyat tidak mendesak untuk menjatuhkan kerajaan tetapi sekadar menjatuhkan Najib. Jika Najib digugurkan, parti majoriti masih juga BN adalah satu cara atau sembolik yang mudah difahami jika akal masih berfungsi.
Logiknya,jika Barisan Nasional masih memerintah selepas PRU 14,maknanya Najib masih Perdana Menteri sebagaimana Mahathir yang bertahan selama 22 tahun.Jadi,jika mahu jatuhkan Najib perlulah jatuhkan Barisan Nasional.
Tandatangan berjuta-juta yang dikutip dari rakyat untuk dipersembahkan kepada Agong tidak berkesan malah tidak ada peruntukkan undang-undang Negara,bahawa sekian banyak tanda tangan rakyat boleh melucutkan jawatan Perdana Menteri yang dipikul oleh seseorang.
Kononya,rakyat perlu ingat bahawa gerakan untuk menjatuhkan Najib adalah gerakan rakyat. Ia bukan gerakan mana-mana parti pembangkang tertentu.Kelakar alasan itu,kerana yang mengerakkan itu adalah pembangkang yang rata-rata mahu menumbangkan BN bukan sahaja Najib,malah Mahathir sendiri menyeru kalahkan calon BN di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Apakah Mahathir ingat BN hanya Wujud di Selangor dan Perak sahaja,Kalau ya,’maknanya kepala Mahathir dah pening lalat.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment