AS Akan Bantai IS di Raqqah Syria - Akhbar Maya

Videos

AS Akan Bantai IS di Raqqah Syria

DAMSYIK - SYRIA. Tentera Amerika Syarikat (AS) didakwa memberi amaran kepada penduduk Raqqah yang diisytiharkan sebagai 'ibu negara' kumpulan militan IS di Syria supaya meninggalkan bandar tersebut.

Jurucakap Pentagon turut mengesahkan amaran tersebut selepas penduduk Raqqah memuat naik gambar risalah yang digugurkan oleh mereka di laman Twitter.

"Masanya telah tiba untuk meninggalkan Raqqah," menurut risalah tersebut.

Bagaimanapun, seorang pegawai Pentagon memaklumkan operasi darat atau udara hanya akan dilancarkan beberapa bulan lagi dan amaran tersebut mungkin sebahagian daripada satu bentuk serangan psikologi.

Bulan lalu, Damsyik dan Moscow mengumumkan rancangan untuk membebaskan bandar Dayr al-Zawr, Raqqah dan Aleppo dari cengkaman IS. - Press TV
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment