Ahli Parlimen Jelebu Selamat Menjalani Pembedahan - Akhbar Maya

Videos

Ahli Parlimen Jelebu Selamat Menjalani Pembedahan

KUALA LUMPUR 14 Mei - Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainuddin Ismail (gambar) yang menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi, kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Zainuddin IsmailBeliau menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dalam otak.
Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, pembedahan yang dijalankan ke atas Zainuddin di HKL petang tadi berjalan lancar dan selamat.
"Selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan otak hampir empat jam di bilik bedah, Zainuddin menunjukkan respons yang baik walaupun masih belum sedar.
"Kini dia (Zainuddin) sedang berehat dan saya mendoakan semoga Zainuddin cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Terdahulu, Zainuddin dikejarkan ke Hospital Jelebu selepas tidak sedarkan diri di rumahnya tengah hari tadi sebelum dihantar ke HKL untuk menjalani rawatan lanjut. - BERNAMA
-
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment