Tapir Balik Kampung Asal - Akhbar Maya

Videos

Tapir Balik Kampung Asal


KUALA TERENGGANU - Tapir dewasa yang ditemui berkeliaran di Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, Bukit Takal, Kijal, yang menjadi tular beberapa hari lalu dipercayai sudah kembali semula ke kawasan hutan berhampiran.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Mohd Hasdi Husin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi dimaksudkan selepas menerima aduan daripada beberapa pengguna lebuh raya mengenai kewujudan haiwan terbabit.

Bagaimanapun, setibanya di kawasan berkenaan, pihaknya mendapati tapir tersebut sudah tiada dan tinjauan kemudiannya menemui kesan tapak kaki haiwan itu yang menghala ke hutan berhampiran.

“Berdasarkan maklumat beberapa pekerja di ladang kelapa sawit berdekatan, tapir tersebut memang sering dilihat berkeliaran di kawasan berkenaan sebelum ini dan sememangnya ia antara lokasi yang menjadi habitatnya.

“Kita tidak menolak kemungkinan pagar bocor di beberapa lokasi sepanjang LPT2 antara punca menyebabkan haiwan itu ‘tersesat’ ketika cuba menyeberangi lebuh raya itu untuk kembali ke habitatnya semula,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment