Pembangkang Marah Kenyataan Mahathir Untung BN - Akhbar Maya

Videos

Pembangkang Marah Kenyataan Mahathir Untung BN




Usaha demi usaha untuk menjahanamkan BN oleh pembangkang semakin sukar walaupun pada awal 2016 seperti nampak kejayaannya tetapi semakin malap setelah Mahathir menggila serang BN secara membuta tuli.

Bukan sahaja orang Umno geram pada Mahathir,orang pembangkang juga turut berada dibelakang orang Umno apabila isu haji tidak mabrur dan agihan BR1M dikatakan rasuah dan dedak.

Peluru serangan Mahathir itu telah memakan diri dan terkena pada pembangkang secara keseluruhanya.

Begitu juga dengan isu DAP mahu jawatan TPM yang dinafikan sendiri oleh pemimpin DAP,isu ini akhirnya Mahathir mengaku silap dan membuat kenyataan baharu diportalnya,dengan kenyataan baharu itu Mahathir mengatakan bukan DAP mahu jawatan TPM sebaliknya MCA.

Dengan 3 isu yang direka Mahathir sudah cukup memberi nilai tambah kelemahan pembangkang terutamanya kecergasan berfikir Mahathir sendiri.

1-BR1M rasuah
BR1M rasuah yang keluar dari kilang Mahathir seawalnya merubah fenomena baharu pembangkang,ini terbukti apabila setiap kali dipentas ceramah kata-kata BR1M rasuah tidak kering dibibir penceramah pembangkang,manakala pendengar pula bertepuk sorak,padahal yang tepuk sorak juga menyubat kedalam mulut sendiri hasil dari BR1M yang dikatakan rasuah oleh pemimpin pujaan mereka.

Pada perasmian PPBM pada 14 Januari 2017 di Stadium Malawati yang dipenuhi oleh ahli PKR dan DAP itu Mahathir dengan bangga telan ludah sendiri dengan harapan mahu kekalkan bantuan BR1M kiranya pembangkang memerintah Malaysia.memang benar kata-kata Melayu mudah lupa terkena pada batang hidung Mahathir sendiri.

Tikah laku Mahathir ini dihentam blogger pro BN secukupnya dan pemblogger PRO pembangkang tak mampu lagi mempertahankan Mahathir.
Mahathir, yang juga pengerusi BERSATU, berkata BR1M akan dikekalkan jika dasar itu didapati perlu.

Bagaimanapun, beliau berkata sebarang usaha untuk menggunakan dasar itu bagi memancing undi akan dihapuskan.

Mahathir“Jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto mana-mana parti,” katanya di hadapan lebih 5,000 orang pada majlis pelancaran rasmi parti itu di Shah Alam

2-Haji tidak mabrur
Haji tajaan Yayasan 1MDB dituduh tidak mabrur,sekali lagi Mahathir dihentam teruk oleh pemblogger pro BN.

Tuduhan Mahathir itu telah melampau normal-normal kemanusia kerana mabrur atau tidak haji yang dituniakan hanya Allah yang menentukan,bukanya Mahathir.

Sejak 2011, Yayasan 1MDB menaja ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Pada 2011 seramai 111 jemaah dari seluruh negara dihantar menunaikan ibadah haji dan jumlah bertambah kepada 400 orang pada tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200).
Manakala, bagi 2016 seramai 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak dipilih menyertai program itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa jemaah yang menunaikan ibadat haji dengan menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD), tidak akan mendapat haji mabrur.
Bekas perdana menteri itu berkata haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang haram yang dikatakan dicuri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Najib boleh bagi, kenapa dia boleh bagi kerana dia curi duit, duit curi halal ke tidak. Kalau dia bagi duit curi kita buat kerja haji, bagus ke tidak?

“Itulah yang dia buat, tiap-tiap tahun nak hantar 1,000 orang buat kerja haji dengan duit curi. Saya ingat bukan haji mabrur la tu, haji kurang mabrur,” katanya ketika berucap pada satu majlis di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

Tuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib curi duit memang senang,kerana tuduhan boleh dibuat oleh sesiapa dan kepada sesiapa,namun tarikh Najib curi duit tak pernah ditampilkan bagi pengesahan kecurian seperti di tuduh Mahathir.

Yang sah adalah anak sulung Mahathir pernah jadi orang kuat Miguel Corp di negara Filipina Miguel Corp (,http://www.sanmiguel.com.ph/corporate/bod/.Tetapi Mahathir tidak ambil kira itu semua.Kebarangkalian hal yang menguntungkan keluarganya tidak perlu diambil kisah halal dan haramnya sumber pendapatan,mabrur atau tidak haji dan umrah yang ditunaikan anaknya.

3-DAP mahu jawatan TPM
Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan DAP mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, hasrat itu disuarakan sendiri DAP yang mahu jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan berkenaan diserahkan kepada salah seorang pemimpin parti itu.

Bagaimanapun, beliau menafikan DAP mahukan jawatan Perdana Menteri kerana memerlukan undi daripada orang Melayu yang dilihat sukar berbanding mendapatkan undi kaum Cina.

“Tak mungkin (mahu jadi Perdana Menteri jika menang PRU) kerana kalau DAP nak menang, mereka kena dapat sokongan parti Melayu yang lain.

“Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini…dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.

“Tapi kalau timbalan itu, adalah…Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu,” katanya seperti dilaporkan portal Antarapos.

Setelah dihempok dengan teruk oleh DAP,akhirnya Mahathir buat pusingan 100% dengan menyatakan...
"Saya dilaporkan berkata bahawa DAP meminta untuk dilantik jawatan timbalan perdana menteri kedua. Saya ingin perbetulkan kesilapan. Bukan DAP tetapi MCA," katanya. Dr Mahathir mendakwa, permintaan itu dibuat Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2009.

Permintaan Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow itu bukan keputusan sebulat suara sebaliknya hanya secara peribadi.mana mungkin dengan kedudukan MCA tidak lagi parti kedua terkuat dalam BN akan bersetuju permintaan seperti itu.

Tiga pekara ini turut dipersoalkan rakyat tidak kira pro BN atau Pembangkang.secara tidak langsung moraliti serta pengaruh Mahathir mula dipersoalkan memandangkan usianya hampir 1 abad.

Orang Melayu selain Mahathir Masih ingat ucapan Perdana Menteri pertamaTunku Abdul Rahman ''Berkenaan dengan kaum-kaum lain dalam negeri ini,kita tidak akan melupakan bahagian mereka.

Kaum-kaum yang berada di negeri ini bolehlah saya memberi jaminan bahawa bangsa Melayu ini bukanlah bangsa yang tamak.

Sejarah telah membuktikan bahawa kaum-kaum yang berada di Malaya hari ini.lebih kaya daripada orang Melayu.
Kekayaan mereka itu berpunca daripada orang Melayu yang tidak tamak.

Orang bukan Melayu berjaya menjalankan perniagaannya di kampung Melayu,malah mengalahkan peniaga Melayu di kampungnya sendiri.

Daya kemampuan pembangkang pada awalnya dilihat bertenaga semejak Mahathir mula menyerang Perdana Menteri Najib Razak.

Dengan itu jugalah Mahathir pada 29 Januari 2016 mengisytiharkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.

Mahathir keluar Umno dengan harapan mendapat sokongan parti pembangkang,malah pembangkang sendiri juga membuat tanggapan,keluarnya orang tua yang tidak mengaku nyanyok itu akan melemahkan Umno.

Namun begitu terjadi sebaliknya,sejak akhir-akhir ini kelihatan kenyataan Mahathir telah menikam pembangkang dan memberi kekuatan baharu kepada BN.

Mahathir yang terus berusaha untuk guna satu logo menghadapi BN pada PRU14 nanti telah dihidu lebih awal.

Mahathir ada niat supaya parti-parti dalam Pakatan Harapan menggunakan logo PPBM pada PRU 14 nanti supaya terjadi satu lawan satu dengan BN.

Tetapi hal ini dipintas PKR setelah menghidu niat sebenar Mahathir yang mahu jadi ketua.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik cadangan Ahli Parlimen Gopeng agar Pakatan Harapan dan Bersatu menggunakan logo PKR sebagai simbol bersama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ini berikutan Pakatan Harapan sendiri dan Bersatu merupakan entiti politik yang boleh dianggap baharu.

“Penggunaan logo PKR adalah kritikal kerana ia merupakan logo yang paling mudah diterima serta membolehkan rakyat memilih sebuah alternatif yang dikenali.

DAP pasti mengerti niat Mahathir sebab itu tidak membantah cadangan Ahli Parlimen Gopeng supaya logo PKR digunakan oleh pembangkang termasuk PPBM pada PRU 14 nanti supaya terjadi satu lawan satu dengan BN

Segala niat Mahathir dapat dihidu seawal mungkin,dan kini isu guna satu logo belum ada Muktamad.

Mahathir,kebarangkalian masih rasa segala pandangannya berbiasa,sebaliknya pihak lain menganggap beliau semakin celaru.-Copy Paste dari otak sendiri

Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment