Benarkah Ibrahim Ali Tawar Siti Kasim Jadi Calon Bebas? - Akhbar Maya

Videos

Benarkah Ibrahim Ali Tawar Siti Kasim Jadi Calon Bebas?

Tergelak jugak baca artikel yang disiarkan The Malay Mail bertajuk Siti Kasim ditawar Perkasa untuk tanding ‘calon Bebas’?.

Sebab apa aku tergelak.cuba hangpa semua pikir elok-elok,bukankah Datuk Ibrahim Ali Presiden badan itu seorang bijak berpolitik dan selama ini ramai anggap Siti Kasim ada pengaruhnya sendiri dan layak jadi pemimpin rakyat.

Dan pekara ini dikesan Ibrahim Ali,dalam politi haru biru ini sudah tentu Ibrahim Ali menggunakan kesempatan dengan menawarkan Siti Kasim supaya bertanding calon bebas pada PRU14 nanti.

Ibrahim Ali dikenali sebagai orang politik sejak puluhan tahun dan sudah tentu menggunakan penggalamannya untuk mempenggaruhi seseorang yang cederung kearah politik lebih-lebih lagi sikap Siti Kasim yang agak agerisif dan bijak berhujah.

Tidak mustahil dengan kebijakan Siti Kasim akan menengelamkan populariti pemimpin Perkasa selain Ibrahim Ali yang cederung untuk melangkah kedalam dunia politik.

Awal lagi Ibrahim Ali menggunakan strategi ampuh untuk membunuh karier politik Siti Kasim kerana tidak mungkin seseorang yang baru dalam perjuangan akan mendapat kemenangan,bila dah kalah sinar dunia politik Siti Kasim akan malap dan memerlukan masa yang lama untuk menggilap kembali.

Itu apa yang aku rasa lah ,kau orang pula aku tak tahu lah.
Ibrahim Ali pula menafikan yang beliau membuat tawaran itu kepada Siti Kasim.-Akhbar Maya

KUALA LUMPUR, 23 Jan — Akivis dan peguam Siti Kasim mendakwa Perkasa, kumpulan pendesak Melayu, menawarkan “tiket Bebas” kepadanya dalam pilihan raya umum nanti.

Presiden badan itu Datuk Ibrahim Ali membuat tawaran itu beberapa minggu lalu atas sifatnya sebagai aktivis Orang Asli walau menolak pendiriannya dalam isu-isu Islam, katanya.

“Beliau (Ibrahim) berkata saya ada peluang jika bertanding sebagai calon Bebas. Saya terkejut tetapi saya beritahunya saya tidak berminat dengan politik,” katanya.

Ibrahim, ketika dihubungi, menjelaskan beliau tidak membuat tawaran kepada Siti tetapi menggalakkan aktivis yang lantang itu menceburi politik atas usaha sendiri.- Malay Mail
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment