Terlepas Ajal Tidak Naik Bot Ke Pulau Mengalum - Akhbar Maya

Videos

Terlepas Ajal Tidak Naik Bot Ke Pulau Mengalum

Tindakan seorang pelancong China membatalkan hasrat untuk mengikuti pakej ke Pulau Mengalum, menyelamatkan dia sekeluarga daripada tragedi apabila bot berkcnaan karam, Sabtu lalu.

Pesuruhjaya Polls Sabah Datuk Ramli Din bcrkata,pelancong itu dikenali sebagai Li Qun, 33, dilaporkan tidak ikut serta dalam perjalanan ke pulau itu meskipun sudah mendaftar dengan pengusaha pelancongan.

"Berdasarkan siasatan, kita mendapati lelaki itu sudah mendaftar untuk menaiki bot berkenaan menuju ke Pulau Mengalum bersama ahli keluarganya.

"Bagaimanapun selepas sampai di Jeti Tanjung Aru,lelaki itu ber sama keluarganya membatalkan
hasrat selepas melihat jumlah penumpang bot itu melebihi muatan,"katanya pada sidang media sempena OpCatamaran diIbu Pejabat Polis Daerah KotaKinabalu, semalami.

Sehubungan itu,Ramli berkata, hanya 30 orang berada di dalam bot itu pada masa kejadian dan bukannnya 31 orang seperti dilaporkan sebelum
ini.

Daripada jumlah itu, 27 adalah pelancong warga China, manakala tiga lagi adalah kru.
Sehingga jam 6 petang, semalam, 22 orang disahkan terselamat, tiga meninggal dunia manakala lima lagi masih hilang.
Beliau berkata, perkemba ngan terbaru itu susulan warga China berkenaan memaklumkan kepada polis berhubung kekeliruan itu.

"Ini sekali gus menjadi kan jumlah sebenar pelancong China yang berada di dalam bot itu adalah 27 orang dan bukan 28 orang seperti dilaporkan sebelum ini.

"Namun kita masih menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti jumlah keseluruhan sebenar mangsa yang terbabit.

"Ini juga termasuk kemungkinan ada yang mendaftar, tetapi membatalkan hasrat mereka pada saat akhir," katanya.

Mengulas mengenai status Jeti Tanjung Aru yang digunakan untuk membawa pelancong ke Pulau Mengalum sama ada beroperasi secara sah atau haram, beliau berkata, ia masih dalam siasatan."Kita masih menyiasat perkara itu dan semua aspek berkaitan secara menyeluruh," katanya.
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment