Perpecahan Pembangkang,Penoreh Tahu Tak Perlu Jadi Prof Madya - Akhbar Maya

Videos

Perpecahan Pembangkang,Penoreh Tahu Tak Perlu Jadi Prof Madya

Pendapat Minda Akhbar Maya...
Tidak perlu memiliki PHD atau lain-lain kelulusan tinggi jika hanya mahu berpendapat pembangkang tidak akan berjaya mengatasi BN sekiranya masing-masing berpegang kepada ideologi perjuangan berbeza.

Tak perlu bergelar prof Madya,jika ingin mengeluarkan pendapat,bahawa perpecahan berlaku dalam pembangkang telah membuka banyak ruang buat BN mendominasi dan meraih undi setiap kali pilihan raya.

Pendapat-pendapat begitulah juga sering dikeluarkan oleh penulis blog dan facbooker bukan bertaraf Prof Madya.

Kelemahan parti pembangkang yang ketara sejak dilahirkan,adalah berbeza segala-galanya walaupun sama sendiri jika mahu dibandingkan dengan Barisan Nasional.

Pas dengan cara sendiri malah caranya itu disanggah pula oleh DAP,PKR,PAN,Pas pula sanggah rakanya yang lain.
Jawapannya,kerana mereka bertanding diatas bendera masing-masing dan tiada siapa boleh larang mana-mana parti pembangkang mengeluarkan manifesto sendiri.

Kalau Pas menang pilihan raya,kerusi yang dimenangi atas nama Pas,kalau DAP,PKR,PAN pun begitu juga.

Pakatan yang dibuat pembangkang sebenarnya tidak pernah berpakat,dah berapa kali mereka berpakat,tetapi langsung tiada pakatan.
Untuk melihat kelemahan pembangkang tidak perlu pun bergelar Prof Madya atau apa-apa jenis prof.sebaliknya lihat sahaja perkembangan politik negara.

Pembangkang sampai bila-bila pun tidak dapat mengatasi BN jika terus bertanding dengan pelbagai tiket parti dan kibaran bendera berlogo masing-masing.

Umno.MCA,MIC dan lain-lain bertanding atas tiket BN,kalau Umno menang,kerusi yang dimenangi itu atas nama BN,dan ianya jauh berbeza dengan pembangkang yang menang kerusi bertanding diatas tiket masing.

Kalau setakat keluar pendapat seperti ini “PKR, Amanah (Parti Amanah Negara), DAP dan Pas, semuanya mempunyai matlamat perjuangan yang berbeza',tidak perlu ada sijil tinggi atau bergelar Prof Madya dan tidak perlu dikategori sebagai pengkaji atau penyelidik politik negara,kampung,atau apa jenis lagi yang berkaitan.

Rakyat Malaysia termasuk penoreh dan petani juga penternak tahu pembangkang memang mempunyai perjuangan berbeza tapi matlamat mereka adalah sama,iaitu untuk menumbangkan BN.Menjadikan pembangkang tidak berjaya kerana mereka bertanding diatas tiket masing-masing dan kibar bendera masing-masing.

Pendapat Akhbar Maya ini adalah sama juga dengan pengkaji atau penyelidik politik tanah air yang bergelar Prof Madya.
Share on Google Plus

About Musang Maya (Nur Shila)

0 comments:

Post a Comment